Breaking News
Home » Info Hiburan » Fifty Shades of Grey Tidak Ditayangkan Di Malaysia

Fifty Shades of Grey Tidak Ditayangkan Di Malaysia

Fifty Shades of Grey Tidak Ditayangkan Di Malaysia itulah arahan yang telah dikeluarkan atas faktor tidak sesuai dengan budaya di Malaysia. Fifty Shades of Grey adalam filem yang adaptasi dari novel terkenal,   tidak akan ditayangkan di pawagam Malaysia kerana mengandungi elemen-elemen erotika dan adegan seks ranjang yang sadis.

Filem itu yang pada awalnya dijadulkan ditayangkan di negara ini pada 12 februari 2015 terpaksa dibatalkan. Perkara ini disahkan oleh Pengedar filem Fifty Shades Of Grey di Malaysia, United International Pictures (UIP).

Pengharaman tayangan film ini di Malaysia turut menjadi tumpuan pengguna laman sosial terutama di twitter yang mereka telah menjangkakan perkara ini. Ada juga yang menyatakan tidak kisah kerana mereka boleh menonton secara online live streaming Fifty Shades Of Grey.

– I knew it fifty shades of grey won’t be releasing in Malaysia.Don’t worry,there always online streaming.

– Malaysia cinema banned fifty shades of grey? Well okay then what’s the use of internet

Banyak lagi twitt dari twitter ..boleh rujuk sini.

Filem 50 Shades of Grey merupakan adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama tulisan E. L. James. Ia menampilkan Dakota Johnson dan Jamie Dornan dan bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada 13 Februari.

Pengerusi Lembaga Penapisan Filem (LPF), Datuk Abdul Halim Abdul Hamid memberi alasan adegan seks sadis di dalam filem adaptasi novel terkenal ‘Fifty Shades of Grey’ disifatkan keterlaluan dan terlalu ‘luar biasa‘ sekali gus diharamkan untuk ditayangkan di Malaysia kerana sudah termasuk di dalam klasifikasi filem lucah.

Sementara itu , Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi berkata, babak-babak panas di dalam filem berkenaan sebenarnya boleh mempengaruhi golongan muda-mudi untuk mencontohi adegan atas ranjang berkenaan di alam nyata.

Fifty Shades of Grey
Fifty Shades of Grey
sumber AstroAwani

Check Also

sinopsis Filem Ola Bola

Sinopsis Filem Ola Bola

Sinopsis Filem Ola Bola. Sesuatu yang menarik untuk disaksikan oleh peminat bolasepak sejati. Ola Bola bertemakan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *