Breaking News
Home » Berita » Fiesta Blogshop 30 Dan 31 Ogos 2014

Fiesta Blogshop 30 Dan 31 Ogos 2014

Fiesta Blogshop 30 Dan 31 Ogos 2014 – Apa lagi yang ditunggu buat usahawan online seluruh Malaysia. Fiesta Blogshop bakal menemui anda pada 30 dan 31 Ogos 2014 Sabtu dan Ahad ini. Fiesta Blogshop ini akan diadakan di Dataran Medan Pasar, Masjid Jamek.
Fiesta Blogshop ini dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia ( KKMM ) dan MYNIC Berhad sempena Minggu Kemerdekaan. Fiesta Blogshop ini bakal mengumpulkan usahawan dan pelanggan dalam satu program khas sambil menjual produk masing-masing.
Fiesta Blogshop yang dianjurkan selama dua hari ini dijangka mengumpulkan seramai 150 usahawan online dan ini secara tidak langsung dapat membantu mereka memajukan lagi perniagaan online mereka. Kadar sewaan sehari adalah RM250 tapi prospek dan peluang perniagaan yang mereka akan dapat melebihi nilai yang dibayar. 

fiesta blogshop 2014
Fiesta Blogshop ini juga bakal disertai oleh selebriti tempatan yang juga usahawan online seperti Elfira Loy, Yana Samsudin , Zoey Rahman , Emelda Rosemila  dan ramai lagi.
Untuk lebih lanjut mengenai fiesta blogshop ini , anda boleh melawat laman Fiesta Blogshop. Berbagai aktiviti telah disusun. 

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

2 comments

  1. mesti best klau dpt pegii nih wahh kenapa kite jauh sob3

  2. PingJeDotOrg Page

    nak p ke bro?.. 🙂

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *