Breaking News
Home » Info Sukan » Fernando Torres Kembali Temui Sentuhan Penyudah

Fernando Torres Kembali Temui Sentuhan Penyudah

As salam semua sahabat blogger dan silent reader jika adalah..huhu..menjelang EURO 2012 ini mungkin aku akan lebih banyak cerita pasal bola walaupun ramai yang kurang berminat kot hal-hal bola sepak ini.Tapi itulah hakikat,kalau dah lelaki tu bolasepak memang antara sukan pilihan.
Kali ini aku nak cerita pasal pemain Sepanyol iaitu Fernando Torres yang bakal mengemudi jentera serangan juara bertahan itu berikutan kecederaan David Villa.Torres kembali disenaraikan dalam skuad Spain setelah disisihkan agak sekian lama akibat prestasi yang tak menentu.Kegagalan Torres menyerlah di Liga Inggeris juga banyak menjadi buah mulut peminat sukan.
Namun sejak kembali dalam skuad Sepanyol dalam beberapa perlawanan persahabatan nampaknya Fernando Torres bakal membuat impak dalam saingan EURO 2012 kali ini.Fernando Torres berjaya menjaringkan gol ketika aksi persahabatan menentang Korea Selatan ketika Sepanyol memenangi perlawanan itu dengan jaringan 4-1.

Mampukah Fernando Torres kembali menyinar ? Tunggu aksi EURO 2012 yang akan bermula 8 Jun ini.

VIDEO GOL JARINGAN FERNANDO TORRES SPAIN VS KOREA 30 MEI 2012

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

One comment

  1. kat mana ada torres kat situ la ada akak..hahaha…eh!david villa tak de ke??baru tau nih..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *