Breaking News
Home » Berita » Fenomena Supermoon 14 November 2016

Fenomena Supermoon 14 November 2016

Fenomena Supermoon 14 November 2016. Beberapa hari ini ramai yang memperkatakan tentang supermoon terutama dimedia sosial. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi laman facebook mereka ada juga mengeluarkan info berkaitan supermoon.

Fenomena Supermoon 14 November 2016
Fenomena Supermoon 14 November 2016

Apa itu supermoon? memetik kenyataan yang terdapat di laman sosial MOSTI, Fenomena Supermoon adalah satu fenomena astronomi di mana Bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi (perigee). Kejadian ini dikenali sebagai Bulan Penuh Perigee bagi ahli astronomi dan istilah ‘supermoon’ di kalangan masyarakat umum. 

Supermoon di Malaysia boleh dilihat pada 14 November 2016 bermula 7.24 malam dengan kedudukan bulan paling hampir dengan Bumi (perigee) dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada jam 09:54 malam. 

Tahukah anda bahawa fenomena supermoon telah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015. Bagaimanapun kejadian kali ini merupakan supermoon yang berada pada jarak paling dekat dengan Bumi sejak 68 tahun. Maka rakyat Malaysia perlu mengambil kesempatan ini untuk menyaksikannya kerana ianya dijangka berlaku 18 tahun akan datang.

supermoon

Check Also

Keputusan Liga Perdana 24 Mei 2017

Keputusan Liga Perdana 24 Mei 2017

Keputusan Liga Perdana 24 Mei 2017. Lima perlawanan Liga Perdana Malaysia berlangsung untuk hari ini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *