Home » Uncategorized » Fenomena Gerhana Bulan Penuh Di Malaysia 10 Disember 2011 | Cara Sembahyang Sunat Gerhana Bulan

Fenomena Gerhana Bulan Penuh Di Malaysia 10 Disember 2011 | Cara Sembahyang Sunat Gerhana Bulan

Fenomena Gerhana Bulan | Gerhana Bulan 10-12-2011 | Gerhana Bulan Malaysia  | Cara Solat Sunat Gerhana | Solat Sunat Gerhana Matahari Dan Bulan – Esok (sabtu) rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh bermula jam 7.34 malam hingga jam 1.30 pagi.Gerhana bulan dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam, manakala fasa umbra bermula dari 10.06 malam dan akan berlanjutan kira-kira 51 minit.Orang ramai boleh datang ke Planetarium Negara bagi menyaksikan fenomena itu selain mengikuti perkembangan semasa fenomena Gerhana bulan penuh kali ini melalui laman sosial Facebook, ‘Lunar Malaysia Eclipse’.Mereka yang ingin maklumat lanjut boleh hubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium.

CARA SOLAT SUNAT GERHANA BULAN ATAU MATAHARI
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang biasa ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat.Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian. BACA LAGI UNTUK CARA SOLAT SUNAT GERHANA

Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi
gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat
malam.
Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.
Cara Kedua : Disebut dengan “ الكمال أدنى ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap
qiam itu.Bagi kita di Malaysia ini,cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.
Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna.Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.

Sumber cara solat dari http://jheatweb.terengganu.gov.my

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

4 comments

  1. WAH..XTAU PUN GERHANA BULAN 10HB NI..HEHE,,

  2. terima kasih

  3. aku tak pernah lagi solat sunat gerhana..tq info ini..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *