Breaking News
Home » Info Sukan » Felda United Ungguli Kumpulan A , Pahang , JDT dan Kelantan Turut Ke Suku Akhir

Felda United Ungguli Kumpulan A , Pahang , JDT dan Kelantan Turut Ke Suku Akhir

Saingan Piala Malaysia 2014 kumpulan A dan C nampaknya akan menjadi pelengkap jadual untuk perlawanan terakhir kumpulan pada 2 September 2014 nanti. Keputusan perlawanan kelima peringkat kumpulan A dan C telah menyaksikan empat pasukan telah layak ke suku akhir manakala 4 lagi bakal mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Piala Malaysia 2014.
Walaupun masih berbaki satu perlawanan , namun peluang untuk melayakkan diri telah tertutup buat Lions XII dan JDT II dalam kumpulan A serta ATM dan Pulau Pinang dalam kumpulan C. Felda United kini menerajui tempat teratas kumpulan A dengan 10 mata setelah lima perlawanan dan bakal bertemui Lions XII pada perlawanan terakhir kumpulan pada 2 September ini. Pahang tewas buat kali kedua di halaman sendiri 1-2 ditangan Lions kini berada di tangga kedua kumpulan A. 
felda united fc
Kumpulan C pula menyaksikan JDT dan Kelantan mengesahkan tempat ke saingan suku akhir apabila menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan kelima peringkat kumpulan. ATM yang mengejutkan kelantan pada 26 Ogos 2014 , terpaksa berputih mata apabila tersingkir dari saingan apabila tunduk 0-1 di halaman sendiri dengan JDT hari ini ( 29 Ogos 2014 ).
30 Ogos 2014 bakal berlangsung perlawanan kumpulan B dan D. hanya PDRM yang telah mengesahkan tempat ke suku akhir dengan rekod tanpa kalah sepanjang empat perlawanan kumpulan. Masih ada tiga slot lagi tempat perlu diisi.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *