Breaking News
Home » Info Sukan » Felda United Tetap Kekalkan Ferris Danial

Felda United Tetap Kekalkan Ferris Danial

Felda United Tetap Kekalkan Ferris Danial. Menjelang aksi pembukaan Liga Malaysia musim 2015 terutama Liga Super, kontroversi berkaitan kontrak pemain menjadi isu hangat antara persatuan negeri dan FAM. Perebutan ini banyak melibatkan pemain yang telah dilepaskan dari pasukan Harimau Muda.

Jika sebelum ini status Gary Steven Robbat menjadi isu besar sehingga membawa tindakan pengantungan dan denda keatas pemain itu. Kini perebutan pula melibatkan Muhammad Ferris Danial Mat Nasir. Pemain kelahiran Kelantan ini menjadi rebutan Kelantan dan Felda United FC. Status terkini , pemain ini telah pun menandatangani kontrak bersama Felda United atau The Fighther.

Memetik laporan yang dipetik dari Mstar Online, Persatuan Bolasepak Kelantan ( KAFA ) menyatakan Ferris Danial telah pun menandatangani kontrak selama 3 tahun dengan KAFA dan meminta pemain itu membatalkan kontrak bersama Felda United FC. KAFA menegaskan memberi peluang dan cuba tidak memanjangkan perkara ini kepada FAM.

Ferris Danial
Ferris Danial jadi rebutan Kelantan dan Felda United

Timbalan Presiden Kelab Bolasepak Felda United (FUFC) , Datuk Mohd Isa Abu Kassim, Felda United akan terus mengekalkan pemain ini untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2015. Pihak pengurusan Felda United sebulat suara untuk mengekalkan Ferris Danial dan tidak akan membatalkan kontrak pemain ini.

Mengikut peraturan FAM, pemain yang dilepaskan dari pasukan Harimau Muda mesti kembali ke pasukan asal negeri kelahiran sebelum mendapat kebenaran untuk bermain dengan pasukan pilihan sendiri.

Mysensasi : semoga kedua pihak Kelantan FA dan Felda United FC dapat menyelesaikan kes ini secara baik agar tidak menjejaskan masa depan pemain itu sendiri. Sebagai pemain muda, Ferris Danial perlu digilap sebagai aset masa depan bolasepak Malaysia.

Check Also

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017. Hari ini 15.7.2017 merupakan perlawanan ke 16 buat semua …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *