Breaking News
Home » Berita » Felda | Duit Hari Raya Aidilfitri | RM42.6 Juta Keseluruhan

Felda | Duit Hari Raya Aidilfitri | RM42.6 Juta Keseluruhan

Hari ini seperti tahun-tahun sebelumnya,Felda melalui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukkan sebanyak RM42.6 Juta untuk sumbangan hari raya kepada semua 112,635 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).Biasanya kat tempat aku ni orang cakap duit raya atau pun duit daging…haha.biasa kefahaman masing-masing.Kadar ini pembahagian duit raya terbahagi 2 dimana peneroka yang bersama FELDA akan menerima RM400 manakala yang tidak bersama FELDA RM200.Meningkat RM50 dari tahun lepas.

Aku sebagai generasi ke dua Felda dan kini juga berkhidmat bersama Felda rasa bersyukur dengan limpahan rezeki yang berlimpah yang di terima oleh peneroka Felda.Sebab dulu ramai yang berkata duduk Felda susah,tak boleh makan.Namun sekarang rancangan Felda adalah salah satu contoh penempatan dan pembukaan tanah yang paling berjaya di dunia.Sebab masa ikut keluarga ke tanah rancangan Felda umur aku 2 tahun.Ingat lagi memang susah.Elektrik,bekalan air dan kemudahan asas memang tiada.Dulu minum pun air paya.Tapi lihat sekarang betapa majunya Felda..dan berapa ramai dah anak peneroka yang minum air paya dulu yang berjaya.

Check Also

vroom vroom petronas Raya 2016

Iklan Raya Petronas 2016 Vroom Vroom

Iklan Raya Petronas 2016 Vroom Vroom. Seperti tahun-tahun sebelumnya apabila menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, …

8 comments

  1. bersyukur lah..hehe..memang murah hati kerajaan di bulan ramadhan ni kan kiz…

  2. Hai selamat berpuasa dan selamat berbuka..amy singgah dan follow belog nie , jom ke belog amy..

    happy blogging..

  3. alhamdulillah banyak dapat duit raya tu kiz. ehem satay bole ? hehehe

  4. alhamdlah dan bsyukur hehe..dapatla mmbntu raya tahun nih hehe..

  5. wow..bonus raya thn ni bnyk la..bleh beli teh cap ghimau ni..kih kih kih

  6. ::ini belog saya . cinta hati saya::

    syukur oh syukur

    alhamdulillah

    dah semakin maju dah felda ye

    🙂

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *