Breaking News
Home » Info Hiburan » Fauziah Latiff Mohon Tutup Instagram Palsunya

Fauziah Latiff Mohon Tutup Instagram Palsunya

Fauziah Latiff Mohon Tutup Instagram Palsunya. Seperti sudah menjadi trend pada masa ini orang mengambil kesempatan mengunakan populariti individu untuk mendapat keuntungan dengan membuka akaun media sosial dengan nama selebriti tertentu. Terkini seorang lagi selebriti menjadi mangsa akaun instagram palsu iaitu Fauziah Latiff.

Fauziah Latiff terkejut dan kesal apabila ada pihak tidak bertanggungjawab membuka akaun Instagram menggunakan identitinya sehingga menimbulkan kekeliruan peminat. Dia baharu sahaja mengetahui kewujudan akaun palsu itu dan mengesahkan itu bukan miliknya.

IG palsu itu menggunakan nama F4uziahlatiff dan turut diikuti oleh beberapa artis yang mungkin keliru dengan kewujudan akaun itu. Fauziah berharap pihak berkenaan akan sedar tindakannya salah dan segera menutup akaun tersebut.

IG Palsu Fauziah Latiff
IG Palsu Fauziah Latiff

Fauziah mempunyai Instagramnya sendiri dengan nama Fauziah Latiff yang mempunyai pengikut lebih 71 ribu orang.

CARA BERNIAGA DI INSTAGRAM 

sumber Mstar

Check Also

mia ahmad izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi. Tahniah buat kedua pasangan yang telah selamat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *