Breaking News
Home » Info Hiburan » Fast And Furious 7 Pecah Rekod Kutipan Tiket

Fast And Furious 7 Pecah Rekod Kutipan Tiket

Fast And Furious 7 Pecah Rekod Kutipan Tiket. Siapa yang tidak tahu akan filem aksi kereta Fast & Furious. Bagi peminat filem aksi perlumbaan kereta, filem ini wajib tonton bagi mereka. Kalau tidak manakan mungkin filem ini mampu mencatat kutipan tiket tertinggi di Malaysia.

Fast and Furious 7
Fast and Furious 7

Mengikut laporan yang dipetik melalui portal Media HiburanFast & Furious 7 mencatat rekod baru dalam industri perfileman Malaysia apabila berjaya mencatat kutipan lebih daripada RM27 juta dalam tempoh empat hari pembukaannya dari 2 hingga 5 April 2015. Kutipan ini berjaya memecahkan rekod lama yang dipegang oleh filem Transformers: Age of Extinction’ yang mengaut RM21.38 juta ketika memulakan tayangan pada 26 Jun 2014.

Fast & Furious 7 turut mengatasi filem popular lain seperti Avatar RM26.9 juta, X-Men: Days of Future Past RM21.3 juta, dan G.I. Joe Retaliation RM22.7 juta bagi rekod kutipan di Malaysia.

Filem ini dibarisi ramai pelakon hebat seperti Paul Walker, Michelle Rodriguez, Vin Diesel, Jordana Brewster, Lucas Black, Dwayne Johnson, Jason Statham, Tyrese Gibson, Ludacris sememangnya hebat dan menarik untuk ditonton.

Sinosis Fast And Furious 7
Selepas berjaya mengalahkan Owen Shaw dan ahli kumpulannya dalam sequeal filem Fast & Furious 6, Dominic Toretto, Brian O’Conner dan kru yang lain dibenarkan pulang ke Amerika Syarikat dan menjalani kehidupan biasa semula seperti mana yang mereka idamkan. Namun kehidupan seperti orang biasa mereka tidak lama. Mereka telah diancam oleh abang Owen iaitu Deckard Shaw, seorang pembunuh bekas ejen perisikan yang terlatih (Special Forces) yang telah bersumpah untuk menuntut bela atas kejadian yang telah menimpa adiknya.

Satu persatu ahli kumpulan Toretto ingin diburunya. Han, yg berada di Jepun telah berjaya dibunuh untuk memberi mesej kepada Toretto dan kumpulannya. Luke Hobbs, ejen benteras jenayah kerajaan berjaya dicederakan. Rumah Toretto dimusnahkan dengan bahan letupan.

Jadi untuk mengelakkan mereka terus diburu, Toretto dan kru yang lain telah bersatu kembali untuk memburu Deckhard Shaw. Dibantu pula oleh Frank Petty, ejen perisikan kerajaan, mereka kemudiannya menjejaki seorang ejen perisikan yang cukup hebat dan terlatih. Deckard Shaw memang sukar untuk dikesan tempat persembunyiannya. Kepakarannya memang sukar ditandingi. Hanya satu alat yang boleh mengesan dengan tepat persembunyiannya iaitu the the God’s Eye. Alat pencarian istimewa ini dicipta oleh Megan Ramsey.

Check Also

J Revolusi

Sinopsis Filem J Revolusi

Sinopsis Filem J Revolusi. J Revolusi adalah film yang aksi yang memaparkan kehidupan dan ketangkasan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *