Breaking News
Home » Uncategorized » Fasa Baharu Pencarian MH370

Fasa Baharu Pencarian MH370

Pencarian MH370 Memasuki Fasa Baru – Pencarian pesawat penumpang MAS MH370 yang hilang dari radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 kini memasuki fasa baru.
Operasi pencarian MH370 masih lagi tertumpu di selatan Lautan Hindi berdasarkan analisis data setelit Inmarsat yang menunjukkan kedudukan terakhir pesawat. Australia merupakan negara yang banyak membantu dalam usaha pencarian MH370 dan sehingga kini hampir AUS$90 juta dolar telah diperuntukan oleh negara itu. 
Kerajaan Australia memberi kontrak kepada sebuah firma kejuruteraan Belanda ,Fugro Survey Pte Ltd untuk melaksanakan operasi pencarian MH370. Operasi pencarian fasa baru ini akan melibatkan kawasan seluas 60,000 kilometer persegi di barat Perth. Operasi ini dijangka bermula awal bulan september. 
Pada masa ini, firma Fugro sedang melakukan operasi pemetaan dasar laut bersama kapal tentera laut China, Zhu Kezhen. Selepas operasi pemetaan selesai barulah operasi pencarian dasar laut MH370 dijalankan.
Petronas turut membantu operasi pencarian MH370 dengan menyediakan sonar imbasan dan kapal sokongan marin yang bernilai RM67 juta. 
Aset Yang Digunakan Dalam Operasi Pencarian MH370 Fasa Baru.
1.Fugru Equator
2.Zhu Kezhen
3.Kapal Hidrografi KD Mutiara
4.KD Bunga Mas 6
5.Sonar Imbasan dan kapal sokongan marin ( PETRONAS )
Semoga segala usaha dipermudahkan. 
Sumber diolah dari Harian Metro 8 Ogos 2014

Check Also

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017. Hari ini 15.7.2017 merupakan perlawanan ke 16 buat semua …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *