Home » Info Sukan » Fadhli Shas Mohon Maaf

Fadhli Shas Mohon Maaf

Pemain pertahanan Malaysia Fadhli Shas mohon maaf kerana menyebabkan pasukan Thailand mendapat sepakan penalti. Mohamad Fadhli Mohd Shas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana menyebabkan sepakan penalti diberikan kepada Thailand dalam aksi final pertama Piala Suzuki AFF 2014 di Stadium Rajamangala, Bangkok.

fadhli shah
sekadar hiasan

Fadhli Shas menjatuhkan penyerang Thailand, Adisak Kraisorn di dalam kawasan penalti pada minit ke-71 yang menyebabkan pengadil Kavalenko Valentin menghadiahkan sepakan penalti kepada Thailand yang disempurnakan Charyl Yannic Chappuis.

“Saya ingin minta maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana mungkin kesilapan saya telah menyebabkan skuad Malaysia kalah 0-2,” – Fadhli Shas

Pasukan Malaysia dan Thailand akan bertemu sekali lagi dalam Final kedua Piala AFF Suzuki pada 20 Disember 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *