Breaking News
Home » Info Sukan » EURO 2012 | Belanda

EURO 2012 | Belanda

Euro 2012 bakal berlangsung dengan perlawanan pertama bermula pada 8 Jun 2012.Untuk itu jom kita terjah antara pasukan pilihan yang bakal menyinar semasa Euro 2012.Pasukan yang menjadi pilihan kali ini adalah Belanda. Pasukan yang dibarisi oleh beberapa bintang bolasepak dunia seperti Wesley Sneijder, Rafael van der Vaart ,Dirk Kuyt , Arjen Robben dan Robin van Persie antara pasukan yang bakal memberi saingan berdasarkan persembahan mereka ketika saingan kelayakan.

Ketika saingan kelayakan mereka menjaringkan 37 gol dan kebanyakan pemain adalah pemain yang bersama ketika mereka layak ke final Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan sebelum tewas kepada Sepanyol.Berdasarkan rekod Belanda antara pasukan pilihan untuk menjulang kejuaraan walaupun rata-rata pemain meraka kini dikatakan berada di penghujung karier,namun bola itu bulat.Segalanya boleh berlaku.

Pencapaian terbaik Belanda di EURO adalah juara pada tahun 1988.

SKUAD BELANDA UNTUK EURO 2012

Penjaga gol: Tim Krul (Newcastle United/ENG), Maarten Stekelenburg (AS Roma/ITA), Michel Vorm (Swansea City/ENG) 

Pertahanan: Khalid Boulahrouz (VfB Stuttgart/GER), Wilfred Bouma (PSV Eindhoven), John Heitinga (Everton/ENG), Joris Mathijsen (Malaga/ESP), Ron Vlaar (Feyenoord), Gregory van der Wiel (Ajax), Jetro Willems (PSV) 

Tengah: Mark van Bommel (AC Milan/ITA), Nigel de Jong (Manchester City/ENG), Stijn Schaars (Sporting Lisbon/POR), Wesley Sneijder (Inter Milan/ITA), Kevin Strootman (PSV Eindhoven), Rafael van der Vaart (Tottenham Hotspur/ENG) 

Penyerang: Ibrahim Afellay (Barcelona/ESP), Klaas-Jan Huntelaar (Schalke 04/JER), Luuk de Jong (FC Twente), Dirk Kuyt (Liverpool/ENG), Luciano Narsingh (SC Heerenveen), Robin van Persie (Arsenal/ENG), Arjen Robben (Bayern Munich/JER) 


JADUAL PERLAWANAN KUMPULAN B EURO 2012

Ahad 10 Jun: 

Belanda mln Denmark, Kharkiv, 12 mlm (TV3, Astro 801,825,845)


Khamis 14 Jun: 

Belanda mln Jerman, Kharkiv, 2.45 pg (TV3, Astro 801,825,845)


Isnin 18 Jun: 

Portugal mln Belanda, Kharkiv, 2.45 pg (TV3, Astro 801,825/826,845/846)

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

2 comments

  1. den minat belando gak tapi kipas susah mati italy tapi ramalan tahun ni spain lagi la gaso eh monang

  2. musim bola dh sampai

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *