Breaking News
Home » Info Hiburan » Erra Fazira Kini Berhijab

Erra Fazira Kini Berhijab

Gambar Erra Fazira Kini Berhijab. Seorang demi seorang artis wanita mula berhijab. Alhamdulillah ini satu perkembangan yang baik. Mungkin tidak sempurna namun berilah sokongan agar perubahan itu menjadi inspirasi buat mereka dan orang lain untuk turut sama berubah.

Terkini seorang lagi artis popular wanita iaitu Erra Fazira telah berhijab. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh orang punya badan apabila mengesahkan dirinya kini telah berhijab sepenuhnya.

Gambar Erra Fazira berhijab
Gambar Erra Fazira berhijab

Menurut pelakon dan penyanyi itu, beliau telah lama menyimpan hasrat untuk bertudung namun terbantut akibat komitmen kerja dan perjanjian yang telah dibuat. Kini beliau telah pun mula berhijab sepenuhnya dengan mengambil berkat nisfu syaaban. Alhamdulillah.

Semoga dengan perubahan ini , Erra Fazira akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang ceburi. Semoga setiap yang dibuat itu ikhlas atas nama Allah , pasti segalanya dipermudahkan. Tahniah Erra Fazira dari MySensasi.

Check Also

Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin Nikah 8 Februari 2016

Majlis pernikahan yang akan menjadi tumpuan dengan tajaan jutaan ringgit.¬†Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin Nikah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *