Breaking News
Home » Info Sukan » EPL PREVIEW Arsenal vs Manchester City

EPL PREVIEW Arsenal vs Manchester City

Arsenal vs Manchester City 13 September 2014 , EPL Preview – Sudah semestinya pertemuan dua gergasi bolasepak Liga Inggeris ini akan menjadi tumpuan berbanding perlawanan lain. Dua pasukan yang dipenuhi oleh bintang-bintang handalan eropah. 
Yang pasti Danny Welbeck akan mencuri tumpuan kerana ini merupakan perlawanan pertamanya bersama Arsenal setelah dibeli dari Man Utd di hari akhir tirai perpindahan sebelum ditutup. Kejayaan Danny Welbeck menjaringkan dua gol ketika England menewaskan Switzerland 2-0 dalam perlawanan kelayakan EURO 2016 juga akan menjadikan pemain ini antara tumpuan. 
Bagi Manchester City , juara bertahan yang nampaknya tidak aktif dalam urusan pembelian pemain menjelang musim baru masih mengharapkan kebangkitan bintang-bintang mereka. Kekalahan mengejut ditempat sendiri 0-1 kepada Stoke City dalam perlawanan terakhir mereka meletakkan Man City kini ditangga ke 4 dengan enam mata hasil dua kemenangan terdahulu. Bertemu Arsenal , mereka mesti menang untuk kembali menaikkan moral dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan Liga EPL.

arsenal vs manchester city epl 13 september 2014
Di pihak Arsenal juga , mereka mungkin boleh berterima kasih kepada Alexis Sanchez yang mula menunjukkan kasi memukau dalam musim pertamanya dalam EPL. Mampukah Arsenal mencari kemenangan kedua mereka dan mempertahankan rekod tanpa kalah musim ini. Saksikan perlawanan ini yang dijadualkan berlangsung 7.45 malam ini waktu Malaysia.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *