Breaking News
Home » Berita » Epal Gala dan Granny Smith Tercemar Bakteria

Epal Gala dan Granny Smith Tercemar Bakteria

Epal Gala dan Granny Smith Tercemar Bakteria. Dua jenis epal dari Amerika Syarikat telah disekat dibawa masuk ke Malaysia apabila disyaki tercemar dengan bakteria Listeria Monocytegenes. Perkara ini telah dinyatakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dimana urusan sekatan telah dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) selepas notis berkaitan pencemaran itu di­terima. 

Penularan bakteria Listeria dikesan di sebuah pusat pemprosesan epal Bidart Brothers dekat Bakersfield, California melibatkan epal yang disaluti karamel. Kesihatan telah menjalankan pemeriksaan tahan, uji dan lepas ke atas pengimportan epal jenis Granny Smith dan Gala keluaran Bidart Brothers yang diimport ke negara ini.

Pengambilan epal yang tercemar listeria boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan yang dikenali sebagai listeriosis. Listeriosis boleh menyebabkan demam kuat, sakit kepala yang teruk, kekejangan pada leher dan loya.

Epal Gala dan Granny Smith
Epal Gala dan Granny Smith

Check Also

carta keputusan Liga Super 2018

Keputusan Liga Super 10 Februari 2018

Keputusan Liga Super 10 Februari 2018. Empat perlawanan Unifi Liga Super Malaysia 2018 berlangsung. Keputusan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *