Breaking News
Home » Info Sukan » Empat Bergu Badminton Wanita Disingkir Dari Olimpik 2012

Empat Bergu Badminton Wanita Disingkir Dari Olimpik 2012

Kontroversi Badminton Olimpik 2012 | Empat Bergu Badminton Wanita Disingkir Dari Olimpik 2012 – Seperti yang disiarkan pada entri ini ( Lapan Pemain Badminton Olimpik 2012 Diambil Tindakan ? ) nampaknya Persekutuan Badminton Dunia telah mengambil tindakan apabila mengumumkan penyingkiran kesemua peserta iaitu terdiri dari empat bergu wanita. Dua bergu dari Korea dan masing-masing satu bergu dari China dan Indonesia. Keputusan ini dibuat berikutan perlawanan mereka semalam dimana mereka sengaja bermain untuk kalah kerana mahu memilih lawan yang lebih mudah dalam peringkat suku akhir.

Mengikut keputusan semasa sebelum penyingkiran kesemua empat bergu wanita ini yang juga merupakan bergu utama dunia telah pun melayakkan diri ke peringkat suku akhir cuma perlawanan terakhir yang melibatkan mereka bertemu sesama sendiri adalah untuk penentuan juara kumpulan. Namun apa yang dipamerkan meraka dalam perlawanan itu adalah permainan untuk kalah dan tanpa semangat kesukanan dan memaksa Persekutuan Badminton Dunia mengambil tindakan demi menjaga nama baik sukan badminton.

Merujuk dalam senarai jadual perlawanan di laman web rasmi olimpik 2012, semua kemenangan mereka dalam peringkat kumpulan telah dibatalkan dan diberi kepada bergu bukan pilihan yang telah tersingkir pada peringkat awal. Secara tak langsung memberi peluang bergu yang menduduki tangga ke 3 dan 4 peringkat kumpulan A dan C menjadi juara dan naib juara kumpulan dan layak bersaing di suku akhir.

SENARAI PEMAIN / BERGU YANG DISINGKIRKAN DARI BADMINTON OLIMPIK 2012
1- Wang Xiaoli / Yu Yang ( China )
2- Meiliana / Polii Greysia ( Indonesia )
3- Jung Kyung Uen / Kim Ha Na ( Korea )
4- Ha Jung Eun / Kim Min Jung ( Korea )

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

2 comments

  1. Aishah Jahirah

    tak pasal2 terus disingkir….

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *