Breaking News
Home » Info Hiburan » Elfira Loy dan Zulin Aziz Kini Berhijab

Elfira Loy dan Zulin Aziz Kini Berhijab

Elfira Loy dan Zulin Aziz Kini Berhijab. Nampaknya semakin ramai artis wanita berhijab. Sebelum ini ramai yang telah mula memakai hijab antaranya Hanis Zalikha dan Rozita Che Wan. Terkini Elfira Loy dan Zulin Aziz pula sudah mula berhijab. Ini adalah satu perkembangan yang bagus.

Elfira nekad bertudung semasa menyambut kelahirannya yang ke 21 tahun 8 Mac lalu sebagai simbolik seperti kelahiran semula. Zulin Aziz mengambil keputusan untuk bertudung adalah bukan atas kehendak orang lain atau trend semasa tetapi ia lebih kepada tuntutan agama.

“Jika ada anggap angka 21 itu sebagai kunci kebebasan dan bagi saya pula adalah sebaliknya. Ia jadi kunci untuk saya terus memperbaiki dan mengubah diri. Insya allah menjadi lebih baik daripada hari sebelumnya,” – Elfira Loy

“Betul saya kini telah berhijab. Tidak ada sebab tertentu cuma ia atas kesedaran diri sendiri. Lagi pula apabila sudah berhijab pada saya ia bukan halangan untuk meneruskan kerjaya seni. Tinggal lagi cara kita untuk menjaga perilaku diri,” – Zulin Aziz

Elfira Loy dan Zulin Aziz Kini Berhijab

Elfira Loy dan Zulin Aziz berhijab
Gambar Elfira Loy dan Zulin Aziz berhijab

sumber Sinar Harian

Check Also

Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin Nikah 8 Februari 2016

Majlis pernikahan yang akan menjadi tumpuan dengan tajaan jutaan ringgit. Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin Nikah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *