Home » Berita » Edar Daun Ketum Melalui PosLaju

Edar Daun Ketum Melalui PosLaju

Edar Daun Ketum Melalui Atau Guna PosLaju mungkin menjadi salah satu cara paling selamat tanpa dikesan untuk mengedarkan daun ketum kepada peminat tegarnya. Melalui laporan portal akhbar online hari ini, ada dakwaan yang mengatakan ada sindiket mengedarkan daun ketum menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Pos Malaysia itu. 
Menurut laporan itu , pihak polis telah menahan sepasang lelaki dan wanita kerana menjalankan sindiket memproses air daun ketum dengan menggunakan PosLaju untuk menghantar daun ketum. Turut dinyatakan , kemungkinan ada pekerja PosLaju turut terlibat. 
Menurut satu kenyataan dari Pos Malaysia memandang serius dakwaan itu dan tidak akan bertolak ansur dengan pekerja yang melanggar undang-undang. Pos Malaysia akan menyokong dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
Pada bulan September lalu Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa penyalahgunaan daun ketum akan diwartakan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Ianya akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Pos Laju Oleh Pos Malaysia
Sekadar Hiasan

 sumber berita BH Online

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

One comment

  1. erk boleh pulak pakai poslaju

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *