Breaking News
Home » E-Novel » E-Novel | Cik Pink Mr Black – Part 9

E-Novel | Cik Pink Mr Black – Part 9

Cik Pink Mr Black – Part 9
Ain mengeluh. Kalau boleh dia tidak mahu memutar masa yang telah lama berlalu dari kamus hidupnya. Emak pun sudah tiada. Ain pasrah dengan ketentuan hidupnya. Hilman juga sudah menjadi sebahagian dari hidup Ain. Hilman yang sudah banyak berjasa padanya. Terlalu banyak budi Hilman pada Ain tidak terbalas rasanya.
Bunyi pintu terbuka mengejutkan Ain. Segera dia menutup komputer ribanya. Farah sudah pulang. Wajah kusut Farah terpamer dihadapan Ain.
“Farah…? Kau okey ke ni?” Ain bertanya. kasihan pula dia melihat Farah yang tidak bermaya.
“ Ain….” Farah merebahkan kepalanya diatas peha Ain. Terasa pehanya hangat dek airmata. Tubuh Farah mengeletar menahan tangis.
“Kenapa ni Farah? Cuba bawa bertenang.” Ain mengusap lembut rambut Farah.
“Ain..Aku tak tahu nak kata apa dah. Aku sakit hati sangat-sangat.” Farah bangun dan duduk menghadap Ain. tangannya erat menggengam tangan Ain. Berpeluh-peluh telapak tangan itu Ain rasakan.
“Cuba cerita perlahan-lahan. Itu pun kalau kau mahu bercerita. Aku akan mendengarnya.”
“Dua hari aku balik kampung.” Farah memulakan ceritanya.
“Aku tak sangka..” Farah berhenti membuang hingusnya.
“Mak aku nak kahwinkan aku dengan orang yang aku tak suka.”
La! Kes kena kahwin paksa rupanya.
“Huh! Aku ingat lembu kesayangan kau si Peah tu mati separuh nyawa kau menangis. Eh! kahwin aje lah Farah. Yang kau beriya-iya menangis kenapa? Kata orang tak kenal maka tak cinta.”
“Senang aje kau jawab. Aku tak mahu lah kahwin-kahwin ni Ain. Aku tak bersedia lagi. Lagi pun lelaki tu aku tak suka. Dari dulu aku tak suka dia. Lain lah kalau aku suka dia. Esok pun aku akan ikut kehendak mak aku tu.”
Kahwin paksa. Susah mahu menjawabnya bagi pihak Farah. Dalam bab begini Ain memang kurang faham. Bagi Ain mana ada istilah kahwin paksa. Kalau terpaksa sekali pun itu tidak bermakna rumahtangga yang dibina tidak memberi bahagia. Hidup berpasang-pasangan tentulah ada asam garam,pahit manisnya. Terpulang pada pasangan itu mahu menentukannya. Bahagia atau derita sebuah rumahtangga diri sendiri yang harus mencorakkannya.
“Aku dah tak tahu nak bagi alasan apa Ain.”
“Tak perlu bagi apa-apa alasan Farah. Sebab kau tak ada pilihan maka mak kau menggunakan hak nya menentukan pasangan kau. Mungkin dimata mak calon itu sangat sesuai dengan kau. Lain kalau kau ada pasangan. Pasti mak kau akan pertimbangkan juga.”
“Aku belum tua sangat nak kahwin pun ni. Mak aku kata aku dah layak digelar andartu. Aku baru aje 25 tahun sebaya kau sahaja. Kau pun belum juga kahwin kan. Aku tak suka lah Ain.”
“Habis tu apa alasan kau nak beri kat emak kau tu”
“Alasan aku…aku dah ada boyfriend.”
“Ha..sape boyfriend kau?”
“Tak ada..”
“Kau ni dah tahu tak ada boyfriend yang pergi cakap macam tu kenapa. Mana kau nak cari boyfriend tu. Ada ke kat kedai mamak?”
Farah tunduk. Mengeleng. Tak tahu. Huh! Mana dia mahu mencari lelaki yang boleh menjadi teman lelakinya.
“Kau pandai cipta alasan. Pandai kau lah Farah. Kau jangan nak pandang aku. Aku mana ada kawan lelaki pun kalau nak suruh dia jadi cina buta.”
Farah kembali menangis. Susah juga menjadi Farah saat ini.
“Farah kalau aku lah tak rugi menjadi anak yang mendengar kata. Dapat pahala juga. Sementara kau ada ibu hargailah dia Farah. Tengok aku ni. Aku tak ada ibu. Aku tak ada sesiapa.”
Ain tahu Farah sudah cukup dewasa untuk menimbang baik buruknya sesuatu itu. Tidak perlulah dia masuk campur urusan hidup Farah.
Ain tidak mahu mempedulikan Farah lagi. Dia mahu melihat masej yang sudah pasti memenuhi inboxnya.
“Kau free aje pagi ni Ain kau tak menjual ke hari ni?” Farah baru perasan Ain tidak pergi ke kedai seperti biasa.
“Tak..Pak Berahim cuti seminggu. Dia ke Bandung.”
‘Owh..Kau tak pergi join dia ke?”
“Ke Bandung? Tak nak aku. Aku nak mengembara ke seluruh pelusuk bumi Malaysia ni Farah. Malaysia ni lagi bagus dari Negara orang tahu.”
“Pergi lah Ain. Nanti aku boleh join. Bila kau plan? Boleh aku ambik cuti. Boleh aku rilek kan otak.”
“Nanti kita plan lah.”
Mata Ain terarah ke komputer ribanya. Ada masej.
Mr.Black> Ain…
CikPinky>Yup!
Mr.Black> Sudah ada jawapan?
CikPinky> Sudah tapi bersyarat.
Mr.Black> Syarat apa lagi ni Ain?
CikPinky> Sponsor Ain. Ain nak pergi bercuti.
Mr.Black> Kemana?
CikPinky> Semua tempat dalam Malaysia ni.
Mr.Black> Tak nak ke oversea?
CikPinky> Oversea tu tunggu honeymoon.
Mr.Black> Honeymoon?
CikPinky> a’ah. Kenapa?
Mr.Black> Ain ni betul ke tidak?
CikPinky> Betul lah. Sampai bila pula Ain nak macam ni. Berdosa Ain kan kalau terus mengeras kan hati macam batu. Batu pun tahu berlekuk kalau dah hari-hari air menitik atasnya.
Mr.Black> Abang akan aturkan. Dah bersedia nak hadap situasi yang tak akan Ain jangka?
CikPinky> Ain dah hadapnya dahulu. Sekarang Ain akan hadapi juga.
Situasi apa yang akan dia hadapi lagi. Adakah situasi yang sama seperti empat tahun sudah. Disaat hidupnya berkecamuk. Huru hara. Ah! Dia sudah tega. Dia sudah lali. Hatinya sudah beku,sudah tepu dengan dugaan. Sejak dari hari pemergian emak kerana trajedi itu.
@@@@@@@@@@@@@@@
“Saya hantar Ain balik. Tentu Makcik Mimah bimbangkan Ain. Sudah pukul satu ni Ain.” Hilman mahu Ain pulang kerumah dahulu. Dia sendiri mahu bertemu Makcik Hamimah ibu Ain.
“Saya tak mahu!” Ain menolak.
“Ain tak elok kan. Tak manis. Ain anak dara. Berjalan malam-malam macam ni. Nanti lagi banyak orang mengata. Mari saya hantar balik. Elok Ain tengok mak Ain. Entah apa jadi dekat rumah tu.”
Ain akur. Risau pada emaknya menyebabkan Ain melembutkan hatinya sendiri. Kalau mengingatkan Lazim. Mati hidup semula pun Ain tidak akan pulang. Sekurang-kurang ada Hilman meneman dia. Tidak lah hatinya walang.
Sebaik sahaja sampai dirumah Ain terkedu. Sebuah ambulan menanti dihadapan rumahnya.
“Emak” Ain teringatkan emaknya. Perkara buruk terlintas dibenaknya. Apatah lagi dia melihat ada angota polis sedang menjalankan tugas mereka.
Ain berlari. Pintu kereta Hilman terbuka tidak sempat ditutup Ain. Hilman terkejut. Musibah apa pula sudah melanda rumah ini.
Hilman mendapatkan salah seorang anggota polis yang berada disitu.
“Kenapa ni encik?” Hilman bertanya.
“Ada kes cubaan membunuh. Perempuan tu cedera parah juga. Suspek melarikan diri. Dipercayai turut membawa seorang gadis belasan tahun. Kami percaya itu juga anak kepada suspek dan mangsa.”
Hilman sudah tidak mendengar lagi. Raungan Ain memecah suasana. Beberapa orang perempuan kelihatan memeluk Ain dan menenangkannya. Tidak Ain sangka begini sudahnya perbuatan Lazim terhadap isterinya sendiri. Ain sudah tidak dapat berfikir. Ain mahu emaknya selamat. Hanya itu yang dia mahu. Emak adalah hidup Ain.
Hilman mengekori ambulan yang membawa Ain dan emaknya. Diekori oleh kereta peronda polis. Hilman tidak sangka sebegini teruknya hidup Makcik Hamimah yang Hilman kira sangat baik hati dan penyayang. Kenapa begitu tergamaknya suami makcik Hamimah memperlakukan Ain dan emaknya begitu.
Dihospital Ain masih menangis. Wajahnya sudah sembab benar dek menangis. Tiada sesiapa disisi Ain. Hanya ada Hilman. Hilman yang baru sahaja dia kenali tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya mampu melihat dan merasai penderitaan Ain ketika ini.
Sudah hampir 2 jam menanti diluar bilik pembedahan. Ain sudah tidak betah duduk. Hilman dari tadi tidak tetap duduknya. Kasihan Ain. Kasihan mengenangkan nasib makcik Hamimah. Bertarung nyawa didalam bilik pembedahan. Entah apa lah yang akan terjadi. Hilman mahu pun Ain berdebar menanti. Ain sudah berhenti menangis. Mungkin sudah keletihan. Walaupun Ain tidak peduli kehadiran Hilman namun Hilman setia disisi Ain. Rasa kasihannya melimpah ruah.
Lampu merah dipintu bilik pembedahan bertukar hijau. Tanda urusan pembedahan sudah tamat. Ain dan Hilman bangun menanti munculnya sesiapa sahaja dari sebalik pintu itu. Ain berdebar-debar. Dia merasa sangat takut. Takut akan dikhabarkan dengan berita yang tak ingin didengarinya. Hilman juga seperti Ain. Keresahan.
“Siapa waris terdekat Puan Hamimah?” seorang jururawat yang keluar dari bilik itu bertanya.
“Saya cik” Ain segera mendekati jururawat itu.
“Nama cik? Hubungan cik dengan Puan Hamimah?”
“Ain Amani. Saya anak kandung Puan Hamimah. Bagaimana emak saya?”
“Boleh cik Ain ikut saya sebentar. Doctor mahu berjumpa.”
Ain dan Hilman mengekori jururawat kesebuah bilik. Disana sudah sedia menunggu seorang doctor.
Bagaikan halilintar membelah bumi. Ain rebah. Mujur Hilman sempat menyambutnya.
‘Maafkan saya. Saya telah mencuba sedaya upaya saya. Allah lebih sayangkannya”.
Kata-kata itu yang membuatkan Ain tidak sedar akan dirinya lagi. Hilman juga terkesima.
@@@@@@@@@@@@@
Ain membuka pintu hatinya seluas-luasnya. Kalau dulu dia tidak kisah jika selamanya dia begini namun bila diukur timbang kembali Ain juga mahu mengikut kata hatinya yang sudah hilang tepunya. Mahu menjadi yang terbaik pada dirinya sendiri. Mahu mencuba sesuatu yang tidak pernah ingin dia cuba. Mana tahu kali ini dia memang akan bernasib baik. Dia tahu disebalik kesakitan pasti ada sedikit kebahagiaan.
Ain merasa bosan pula. Teringat dia kepada Mia. Lantas dia menekan-nekan butang telefon tangannya. Menghantar masej. Mahu membawa Mia keluar. Dia meminta izin Hilman.
“Ain nak bawa Mia keluar ke KLCC. Bolehkah?”
“ Boleh tapi rasanya Mia mahu keluar dengan Hakimi. Elok Ain join sekali. Abang suka kalau Ain temankan Mia. Mia bukan biasa sangat dengan Misya. Ain pergi ye?”
Menyibuk aje rasanya mahu bersantai sekali dengan Hakimi mahu pun Mia. Ada pula Misya. Siapa Misya? Teman wanita Hakimi kah?
Sedang Ain berkira-kira mahu pergi atau tidak telefonnya bordering tiba-tiba. Sekilas skrin telefon dipandang. Mia! Ain mengangkat telefon.
“Kak Ain ikut tahu. Mia tunggu.” Pantas sahaja Mia membuat keputusan untuk Ain. Kalau pasal Mia memang Ain kalah.
“Dekat mana?”
“Dekat Flamingo. Mia tunggu kat sana ye dengan pakcik Hakimi”
Klik! Terus talian ditamatkan. Bertuahnya Mia. Dia terkena.
Malas menghimpit tangkai hatinya. Namun dia gagah kan juga petang itu Ain menghalakan pemanduannya ke Ampang. Bukan mahu bermain bowling hanya mahu bersama Mia.
‘Wah! Lady pinky sudah datang” Suara Hakimi mengusik Ain tengelam timbul dek hiruk pikuk pusat bowling tersebut.
“Sorry ye join. Awak berdua sahaja ke?” Ain memandang sekeliling. Hanya mereka berdua.
“Nampaknya begitulah. Yang lain tak mahu join. Mujur ada Ain.”
“Tak cukup korum pun nak main juga ke?”
“Entah Mia..? Mahu?” Hakimi bertanya kepada Mia.
“Macam tak best aje. Apa kata kita semua pergi KLCC. Tengok movie. Boleh tak pakcik Kimi.”
Ha! Tengok wayang? Dengan Hakimi? Dengan Mia tak apa lagi dengan Hakimi. Mia perempuan. Hakimi lelaki. Jauh berbeza. Ain pula tidak pernah keluar dengan lelaki kecuali Hilman. Itu pun bersebab.
“Boleh ye kak Ain?” Ain mengangguk perlahan.
“Ni kita keluar ni tak ada siapa marah ke?” Ain bertanya Hakimi
“Siapa nak marah? Makwe saya ke? Misya tu? Apa dia kisah saya bukan suami dia pun.” Ain terdiam.
Senang sahaja hidup orang kaya macam Hakimi. Macam Hilman. Apa pun boleh. Nak keluar dengan siapa,mahu kemana tiada siapa yang kisah walaupun hakikatnya mereka ada sesuatu yang mengikat. Tetapi mereka langsung tidak merasa begitu. Langsung tidak terikat. Kalau lah dia boleh begitu.
“Okey Mia nak tengok cerita apa? Ombak rindu?”
Ha! Ombak rindu? Biar benar Hakimi. Jiwa halus juga mamat black ni.
“Kak Ain?” Mia bertanya pendapat Ain pula.
‘Kalau ada pilihan lain boleh tak kalau tak tengok wayang. Kita pergi lepak dekat aunty Ann ke. Makan-makan ke?” seboleh-bolehnya Ain cuba mengelak dari menonton wayang. Tidak suka bergelap-gelap dalam panggung wayang.
“Kenapa tak mahu?” Hakimi pula bersuara.
“Dalam panggung tak ada hantu. Hantu tak suka tengok wayang.” HAkimi ketawa-ketawa.
Ain berpaling menghadap wajah Hakimi. Berani juga dia menzahirkan rasa tidak puashatinya dengan memandang wajah Hakimi. Terbang segala rasa malunya terhadap lelaki yang Ain rasa kan sangat poyo hari ini.
Hakimi menyedari rasa tidak puas hati Ain. Panahan mata Ain menikam terus ke hatinya. Dari kelmarin dia tahu hatinya pasti rasa berdetak apabila teringatkan gadis yang agak polos . Hakimi bagaikan mendapat bonus apabila Hilman meminta dia membawa Ain dalam beraktiviti bersama Mia hari ini. Dia memang mahu mengenali Ain. Sejak pertama kali dia bertemu Ain dirumah Hilman.
Entah mengapa, sinaran mata Ain menujah tangkai hatinya. Bagaikan terputus. Terpautkah dia pada Ain.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *