Breaking News
Home » E-Novel » E-Novel | Cik Pink Mr.Black | Part 5

E-Novel | Cik Pink Mr.Black | Part 5

Cik Pink Mr Black – Part 5  | Nor Anida
Farah menanti kepulangan Ain. Sudah kerap kali dia memandang jam di dinding. Semakin larutnya malam semakin hatinya bimbang. Bimbangkan sahabatnya yang masih belum muncul-muncul. Berbagai andaian berlegar dibenaknya. Bercelaru lantas bercantum menjadi satu. Trajedi! Hanya itu yang berulangkali dia fikirkan. Sudah acapkali Farah mendail nombor telefon bimbit Ain. Setiap kali itu juga hanya operator telefon yang menjawab. Nombor yang anda dail tiada dalam kawasan. The number is your dial,is not in servis. Sampaikan Farah sudah hafal ayat itu.
“Kemana lah Ain ni..Tak pernah lewat macam ni. Telefon tidak,masej pun tidak.” Farah mundar mandir diruang tamu. Sesekali dia menjengah keluar. Namun hampa. Setiap kali dia mendengar bunyi enjin kereta Farah akan menjengah kepintu tetapi bukan Ain yang pulang.
Farah berdiri di jendela. Mengintai dari sebalik tirai kain langsirnya. Didalam hati dia berdoa agar temannya itu selamat sampai kerumah. Mudah-mudahan tiada yang buruk-buruk berlaku kepada Ain. Dia tidak mahu itu berlaku. Ain satu-satunya sahabat yang dia kenali sekian lama. Tak akan dia perolehi teman seperti Ain dimana-mana pun jua.
“Kenapa kau termenung ,terkulat-kulat macam cicak tertelan kapur ni Farah.?” Suara Ain berdesir ditelinganya.

Farah membawa dirinya ke daerah kenangan silam saat pertama kali dia berpeluang mengenali insan bernama Ain Amani. Lima tahun yang lepas.
“Tak ada apalah Ain.” Farah mengukir senyuman semanis madu. Menutup kegusaran hatinya sendiri.
“Aku tahu kau ada masalah. Kalau tak,tak kan lah kau boleh hadap aje roti canai kau tu. Cuba kau tengok, dah kembang dah. Loya tekak aku tengok.” Farah memandang pinggan yang berisi roti canai banjir kegemarannya. Tidak berusik langsung.
“Aku….” Farah terhenti. Dia serba salah.
“ Cuba kau cerita. Dah setahun kau jadi peminat nombor satu roti canai aku ni merangkap satu-satunya kawan yang aku ada. Kalau ada hal aku tak kisah kalau nak tadah telinga untuk mendengar masalah kau. Kalau aku boleh tolong, aku akan tolong.” Ain menepuk lembut bahu sahabatnya itu.
“Entah lah Ain,nak cerita pun serba salah. Ini melibatkan maruah orang.” Farah memulakan ceritanya.
“Kalau dah melibatkan maruah orang elok lah tak payah kau cerita. Itu dah mengumpat namanya. Kau terus aje cerita apa masalah kau ni sebenarnya.”
“ Ain! Aku nak cari bilik sewa. Boleh kau tolong aku?”
“Alahai Farah! Aku ingat besar sangat lah masaalah kau ni.” Ain ketawa. Lucu benar rasanya. Wajah tidak ceria Farah seolah-olah membayangkan dia ada masalah yang jauh lebih besar dari masalah Negara. Kalau setakat nak cari bilik sewa dia bila-bila masa boleh mempelawa Farah tinggal sahaja di rumahnya.
“Rumah aku ada bilik kosong. Kau mahu? Percuma aje.” Ain ketawa masih mahu bermain-main.
“ Main-main lah kau ni Ain. Aku serius. Aku dah tak tahan dengan budak-budak kat rumah bujang aku tu..aku tak nak terus berdosa. Dah lah amal ibadat aku kurang nak pula bersubahat membuat dosa. Tak mahu aku seksa di alam kubur sebab bersubahat membiarkan maksiat didepan mata.” Farah memuncungkan bibirnya yang berlipstik tebal seinci itu. Ain masih lagi ketawa. Suka benar dia melihat muncung Farah yang merah bagaikan cili masak itu.
“Apa pula main-main. Besar pahalanya berbuat baik,lagi besar pahalanya sebab aku mahu menolong kawan dari bersubahat terhadap perkara yang mendatangkan dosa. Kau boleh masuk bila-bila masa sahaja.”
“Betul kah Ain.” Farah masih lagi keliru.
“Betul lah. Ada kau nampak muka aku ni muka penipu?”
“Tak adalah tapi kau macam buat lawak aje. Mana ada orang memberi sewa dengan percuma. Orang kaya boleh lah agaknya beri bilik percuma.”
“Kau anggap ajelah aku ni membuat pahala menolong orang kesusahan Farah. Lagipun bilik tu dah lama kosong. Kata orang bilik yang sudah lama kosong akan dihuni oleh mahkluk lain yang kita tak nampak. Tapi kau jangan risau aku rasa bilik tu masih kosong lagi. Belum ada penghuni misteri.” Ain masih lagi ketawa. Suka benar dia melihat wajah Farah yang kelat.
“Kau nak ke tidak? Kalau tak nak aku iklan kan dekat Harian Metro,kawan serumah diperlukan,percuma! Gerenti esok berderet orang mahu.”
“Eh! Jangan lah. Aku nak. Tapi aku tetap nak bayar sewa juga. Berapa sewanya.” Farah memandang wajah Ain yang ceria sahaja. Wajah yang berwarna pink apabila ketawa. Unik! Gadis berkulit putih ini.
“Tak payah bayar. Cukup sekadar kau temankan aku sahaja. Aku iklas ni. Tak ada maksud tersurat mahu pun tersirat.”
“Tak kan lah macam tu Ain. Kau pun dah tentu kena bayar sewa jugakan?”
“ Ada aku kata aku menyewa?” Farah mengelengkan kepala. Ye tak ye juga. Tak ada pula dia mendengar Ain mengatakan rumah yang dia duduki sekarang adalah rumah yang disewa daripada orang lain.
“Rumah kau sendiri ke Ain?”
Ain tidak menjawab pertanyaan Farah. Cukup dengan satu anggukan. Dia tidak mahu Farah bertanya itu ini. Tentu sahaja dia tidak mampu menjawab apa-apa nanti. Dia tidak mahu orang bertanya akan hal peribadinya. Kerana ia bukan sesuatu yang indah untuk dia bercerita.
“Sudah lah Farah. Makan lah roti aku tu kesian dah kembang. Aku buat kan kau yang lain ye.” Ain mengambil pinggan roti canai Farah yang sudah kembang dan tiada rupa roti lagi. Dia menghidupakan api dapur dan mula menebar roti canai untuk Farah.
Kalau tidak kerana budi Ain tentulah Farah menghadapi kesukaran dalam kehidupannya.Tanpa Ain pasti dia masih memandang salahlaku orang lain tanpa dapat berbuat apa-apa. Dan tanpa mereka sedari sudah hampir empat tahun mereka menjadi teman serumah. Ain yang baik, Ain yang cantik, Ain yang selamba,Ain yang gila kan warna pink.
Pecah lamunan Farah apabila dia mendengar pintu dibuka. Pantas dia bangun dari pembaringannya. Ain sudah pulang. Gumam Farah di dalam hati.
“Farah mana kau pergi lambatnya kau balik?” Farah terus menerpa kearah Ain. Tangan Ain di gengam. Sejuk benar rasanya.
“Kenapa kau ni Ain? Apa dah jadi ni?” Farah mengusap lembut wajah Ain yang agak pucat.
Ain diam tidak bersuara. Farah meninggalkan Ain diruang tamu. Lekas-lekas dia mengambil air didapur. Seketika kemudian Farah kembali dan mengambil tempat di sebelah Ain. Dia menghulurkan segelas air suam kepada Ain. Ain menyambutnya lantas meneguk air dengan rakus. Dia terbatuk-batuk. Farah lantas mengurut belakang badan Ain perlahan-lahan.
“ Kenapa ni Ain. Sejuk aje tangan kau?” Farah bertanya setelah dia melihat Ain sudah tenang kembali.
“Aku langgar sesuatu” Ain bersuara lemah.
“Ha! Kau langgar orang ke? Kau eksiden ke Ain?” Farah mempamerkan riak wajah terkejut.
“ Entah lah Farah,aku tak tahu apa yang aku langgar. Aku juga tidak tahu kalau aku hanya bermimpi memandu didalam tidur.”
“Eh kau biar betul memandu didalam tidur. Ish! Tak faham aku. Apa kau cakap ni. Kau okey ke tidak ni?” Farah merasa dahi Ain mana lah tahu jika Ain demam tersampuk. Okey pula. Tak panas tapi sejuk macam mayat sahaja.
“Okey!okey,tarik nafas panjang-panjang. Macam ni..” Farah menarik nafas panjang-panjang lalu menghembuskannya perlahan. Ain mengikut perbuatan Farah. Huh! Lega. Degup jantungnya kembali normal.
“Aku fikir aku tak akan sampai kerumah pun tadi Farah.”
“Kau langgar apa ni Ain?”
“Entah lah Farah. Masa aku turun dari rumah Hilman aku rasa okey aje. Dah sekerat jalan pun tiba-tiba si Hakimi ketuk tingkap kereta aku. Aku pun pelik bila masa aku berhenti kat tepi jalan tu. Aku tak pasti.”
“Kau mimpi?tidur sambil drive? Kau gila apa Ain? Nak mati ke? Dah lama kau hidup? Dah banyak pahala kau?”
Soalan bertubi-tubi dari Farah membuatkan Ain tersengih. Murai betul kawannya yang seorang ni.
“Mana aku tahu aku tidur atau tidak. Aku blur. Betul Farah aku tak tahu apa pun kenapa boleh jadi macam tu.”
“Mata kau kena tutup dengan hantu kot..” Tebak Farah. Ain menjeling. Namun dia tidak nafikan barangkali memang dia termasuk kealam lain. Siapa tahu kuasa tuhan. Mahu memberi dia pengalaman baru. Masuk kedunia paranormal dan mengenali entity yang tidak boleh dilihat.
“Kejap,kejap..siapa Hakimi?”
“Ha!..”
“Siapa Hakimi..?” Farah bertanya lagi.
“Hakimi..? Oh! Aaaa.. Hakimi. Adik Hilman. Baru datang dari kampung agaknya.”
“Adik Hilman? Kenapa dia pulak yang ketuk tingkap kereta kau? Dia ekori kau ke?”
“Eeee..kau ni nak tanya pun satu-satulah. Macam mana aku nak jawab semua ni. Aku tak boleh fikirlah Farah.”
“Okey!okey! One by One…Kenapa dia boleh ketuk tingkap kereta kau?”
“Entah! Mana lah aku tahu kenapa. Dah dia yang berdiri tercegat dia lah yang ketuk pintu kereta tu.” Jawapan paling tak relevan yang boleh Ain beri.
“Dia ekori kau?” Farah bertanya lagi.
“Eh! Yang kau ni sejak bila jadi penyiasat?” Ain memandang Farah macam pelik sahaja menerima soalan bertalu-talu dari Farah.
“Kau tak fikir ke budak Hakimi tu mungkin ada niat tak elok pada kau. Mana tahu dia nak rogol kau ke,nak mencuri ke?” Farah membuat andaian.
“Manalah aku tahu dia nak rogol aku atau nak mencuri dari aku pun. Aku tengok dia okey aje. Tak pula dia rogol aku.” Ain sudah ketawa.
Wajah Farah kelat menahan marah. Ain mempermainkan dia.
“ Adik Hilman kan? Tentu lah dia dia juga berhemah seperti Hilman. Jangan cepat menuduh yang bukan-bukan. Kalau dia tak ada niat begitu jawabnya hari ini habis terbang pahala yang kita buat. Sia-sahaja kita solat lima waktu tadi.”
“Tak apakan menaruh rasa curiga pada orang yang kita baru kenal.”
“Memang lah Farah tapi kalau dia ada niat tak baik pada aku baik masa dekat rumah Hilman tadi dia dah buat. Insya allah Farah selagi kita hidup berlandaskan norma-norma agama selagi itulah kita terlindung dari musibah selagi Allah tidak mahu ia terjadi. Kun Fa Ya Kun…”
Farah terdiam. Ain yang tak pernah berprasangka. Tidak pernah beremosi lebih terhadap sesuatu yang kurang enak. Bagi Ain semuanya molek. Semuanya comel,semuanya manis. Kenapa dia tidak boleh menjadi seperti Ain? Farah mengelengkan kepala. Dia tunduk memandang lantai. Jauh sungguh beza sikap mereka berdua.
“Kau kenapa? Kucing kau dah beranak ke?” Ain melihat wajah kelat Farah. Mula lah dia mengusik.
“Bukan..aku Cuma suka cara kau. Tak pernah fikir yang buruk-buruk tentang orang lain.”
“La! Tapi kenapa muka kau macam kucing kau beranak aje?”
“Ceh!..” Farah membaling bantal ke arah Ain.
“Dah hilang takut kau tu?” Farah bertanya lagi.
“Dah! Tengok muka kau takut aku pun hilang. Lupa kan lah. Dah memang rezeki aku nak jumpa hantu hari ni. Esok harap-harap dia tak repeat tunggu aku lagi.”
“Repeat?..kau ni nak sangat ke jumpa hantu Ain?” Farah pula mengusik Ain.
“Nak juga..mana tahu kalau yang muncul itu Fizo Omar ke, Johan Botak ke?” Ain ketawa-ketawa.
“Cakap besar lah kau ni. Kau jangan minta-minta Ain. Sekali dia tunjuk muka. Tak cukup tanah kau lari..”
“Tak cukup tanah aku terbang lah. Hehehehe..”
“Amboi! Nak sangat agaknya ye. Tak apa aku doakan kau jumpa hantu botak kau tu ye.”
“Eh!eh..jangan lah. Aku bergurau aje lah. bukan kah aku kata dia tak repeat tadi. Serius pula kau ni. Aku tak mahu menyerunya datang pada aku. Aku tak nak rezeki aku terbantut dek sebab takutkan hantu. Aku iklas nak hidup dibumi Allah ni. Aku iklas nak sara hidup aku dengan rezeki yang halal ni. Jangan lah jadi benda yang bukan-bukan Farah.”
“Tahu pun takut. Berbalik pada Hakimi..kau tak nak cerita pasal mamat yang tiba-tiba aje muncul dalam cerita kau ni Ain?” Farah masih ingin tahu tentang Hakimi. Sebuah nama yang memang tidak dia kenali. Ain yang dia kenali mana pernah menyebut nama lelaki. Tidak pernah sekali pun singgah ditelinga Farah akan nama yang lain dari Timah,Salmah,Tipah. Sesuatu yang lain kalau Ain menyebut nama Hakimi. Tak kan Hakimi itu perempuan. Sudah sah-sah itu nama lelaki.
“Kau ingat mamat yang langgar kereta buruk kau tu?”
“Weh! Buruk-buruk pun banyak jasa dekat kita tahu. Mamat yang cium manja aku tu ke? Mamat yang kau kata tak tahu etika berpakaian tu? Mamat yang kau panggil MIB tu ke Ain? Farah sudah mula bertanya bertalu-talu. Sekali lagi!
“Ye lah Farah. Dia lah.”
“Dia adik Hilman? Kecilnya dunia.”
“Dan bulat. Pergi mana pun tetap jumpa pada titik yang sama.”
“Jodoh ni…” Farah sudah mula mengusik.
“Jodoh?..tolong ye jangan nak jadi nujum Pak Belalang pula. Nak kenen-kenen jodoh orang ni. Kau tu yang patut kawin dulu. Kau kan lebih tua dari aku.”
“Untung lah kalau kau dengan dia..” Farah sudah mula membayangkan.
“Ha! Berangan ajelah kerja kau tu. Aku kenal dia pun tidak. Lagipun kalau aku kenal dia sekali pun tak mungkin aku akan ada apa-apa dengan dia. Tak mungkin segalanya..” Ain bersuara sayu.
Ada sesuatu yang mengasak tangkai hatinya. Ada perkara yang tak mampu dia luahkan. Kalau lah dia mampu meluahkan apa yang berselirat didada memang saat ini dia kan luahkan sehabis-habisnya. Tetapi dia tidak mampu. Sungguh dia tidak berupaya keluar dari sarang kehidupan yang sudah sedia terbentuk.
“Mana tahu ada jodoh.” Farah mengiat lagi.
“Jodoh!…” Didalam hati terasa dilanda badai menggunung. Siapalah dia mahu berbicara soal jodoh. Dia tidak mungkin berbicara persoalan jodoh itu dengan Farah. Lain kali mungkin dia akan bercerita tetapi bukan sekarang.
“Sudah lah Farah aku mahu tidur. Kau nak berjaga ke tunggu hantu Botak datang.” Ain segera berlalu. Tidak mahu dibaling dengan bantal lagi.
@@@@
Saat pertama kali Farah melangkah kedalam rumah Ain dia dapat merasakan Ain bukan calang-calang orang. Milik Ain semuanya bagus. Lengkap segala. Macam orang sudah bekeluarga. Padahal waktu itu Ain baru sahaja berusia dua puluh tiga tahun.
“ Rezeki aku murah.” Itu sahaja yang dijawabnya setiap kali Farah bertanya kepada Ain tentang betapa lengkapnya rumah Ain.
“Keluarga kau mesti orang berada ye Ain?’
“Tak ada lah. Kau kira ye.. sehari aku buat tiga ratus doh roti canai. Roti biasa baru sahaja lapan puluh sen. Tak termasuk roti telur..bersih selepas tolak modal aku boleh dapat Rm 100. Paling sikit lah tu. Kalau sebulan penuh aku dah dapat berapa? Bukan rm3000. Kereta aku sebulan baru empat ratus. Sewa rumah baru tujuh ratus aje. Banyak balance lagi. Aku belilah barang rumah sikit-sikit. bagi lagi kau duduk percuma.Murah rezeki aku.”
Memang munasabah juga apa yang Ain katakan. Pendapatannya memang mencecah ribuan ringgit juga walaupun kerja yang Ain lakukan tidak sama macam golongan cendiakawan. Ain hanya menebar roti canai. Pekerjaan yang agak pelik tapi Farah lihat Ain gembira melakukannya. Setiap hari penat bagaimana pun Ain tetap ceria. Ain tetap bersantai. Tidak ada satu pun aktiviti hidupnya tersekat atau tidak dilakukan. Saban hari dia masih melakukan benda yang sama. Farah pun tidak seperti Ain. Adakalanya jika terbeban di pejabat balik sahaja kerumah dia sudah tidur keletihan. Kadang-kadang terlepas solat juga. Tetapi tidak Ain. Segalanya teratur dan kemas. Ain memang bijak menggunakan masanya yang terhad.
“Kalau ikutkan memang letih lah berdiri empat ke lima jam sehari. Letih tangan menebar roti. Berdiang dekat dapur tu. Ingat pesanan pelanggan. Tak terbuat. Tapi dah aku minat buat kerja ni. Lagi pun hanya ini sahaja yang aku tahu. Aku belajar tidak setinggi kau Farah. Setakat lulus SPM aje. Dah ini yang aku tahu. Ini sahaja lah yang aku buat. Tak kan aku nak jadi model pula kan?”
“Kalau kau jadi model pun tak ada siapa nak kata. Muka kau memang muka model apa. Pink-pink..bling-bling”
“Suka hati kau saja nak bling-blingkan aku kan. Kalau di offer duit berjuta pun tak mungkin aku akan menjadi model. Tidak akan!”
Adakalanya akal jahat Farah selalu mengatakan Ain ditaja. Ain ada sugar dady. Ain ada dato yang kaya raya. Tengok sahaja dengan perabot rumah teres setingkat Ain penuh dengan perabot yang mahal-mahal dan antic. Walaupun Ain katakan dia membeli perabut di kedai bundle. Ain memang bercakap ikut suka hati dia. Mana ada bundle jual perabot kalau ada pun tak terpakai rasanya. Apatah lagi nak letak dalam rumah. Letak dekat garaj bolehlah agaknya itu pun kalau tak reput.
Belum lagi pakaian Ain. Walaupun boleh dikatakan semuanya berwarna pink tetapi pakaiannya berjenama. Walaupun bukan jenama yang mahal-mahal ia tetap juga berjenama. Belum tengok lagi koleksi teddy bear Ain. Semuanya bukan murah belaka. Pelik juga. Kerja penebar roti canai tapi kalah pengurus cara Ain berbelanja. Belum lagi duit dekat bank. Dah berkepuk-kepuk agaknya. Dah lah begitu,penebar roti canai ini ada kad kredit. Farah pun tidak ada.
Siapa Ain. Farah selalu tertanya-tanya. Tetapi dia tidak mahu bertanya lebih-lebih. Takut …
BERSAMBUNG

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *