Breaking News
Home » E-Novel » E-Novel | Cik Pink Mr.Black | Part 4

E-Novel | Cik Pink Mr.Black | Part 4

CIK PINK MR BLACK – PART 4 | Nor Anida
Hakimi meletakkan motosikalnya digaraj. Cepat-cepat dia masuk kedalam rumah. Rasa seramnya tidak hilang sedari tadi. Tidak pernah dia merasa takut sedemikian. Mungkin juga Ain terserempak dan melanggar hantu tadi. Kalau bukan tentu lah Ain tidak akan hilang ingatan seketika tadi. Jangan-jangan hantu itu sekarang mengekori dia balik. Hakimi tertoleh-toleh kebelakang. Mahu memastikan tiada mahkluk lain mengekorinya pulang. Tanpa Hakimi sedari Kak Pah sedang memerhatikan gelagat Hakimi dari sebalik pintu.
“Kenapa pula Kimi ni? Tadi keluar tergesa-gesa. Balik pula macam dikejar hantu sahaja.” Kak Pah mengomel sendiri. Perlahan-lahan dia mendapatkan anakmuda yang kelihatan gelisah itu.
“Hakimi..” Kak Pah memanggil.
Hakimi terkejut. Dia mengurut dada lega apabila melihat Kak Pah tercegat dibelakangnya.
“Kak Pah ni..terkejut saya.” Seketika dia merasa nafasnya bagai tersekat.
“Kimi kenapa? Jumpa hantu..?” Sengaja Kak Pah mengusik Hakimi.
“Apa lah Kak Pah ni. Err.. Kak Pah. Ada ke hantu.?” Hakimi bertanya. Cuba menutup resah di hatinya sendiri. Sebenarnya ketakutan yang dia rasai. Malu mahu akui rasa takut itu nanti dia di katakan pengecut. Nama sahaja lelaki.
“Entah lah Kimi. Adalah agaknya. Kalau tidak tak akan orang boleh wujudkan perkataan hantu. Dah lah tu ada pula pelbagai nama. Hantu tinggi,hantu raya,hantu langsuir,hantu tetek pun ada.” Kak Pah ketawa. Lucu benar dia dengan percakapannya sendiri.
“Banyak juga jenis hantu ni ye. Kak Pah pernah dengar apa-apa cerita pasal hantu dekat jalan bukit tu tak?”
“Entah. Tak pernah rasanya. Kenapa?” Kak Pah bertanya.
“Tadi saya terjumpa Ain tersadai dalam keretanya.” Hakimi memulakan cerita.
“Kenapa?Kereta Ain rosak ke?”
“Tak lah Kak Pah. Katanya dia telanggar sesuatu didalam kabus tebal. Masa saya sampai tak ada pula kabus. Sikit pun tak ada. Pelik betul.”
Kak Pah terdiam. Tidak pernah lagi dia mendengar cerita sebegini sejak dia menghuni rumah majikannya ini.
“Ain terlelap agaknya..pas tu bermimipi.”
“Ish! Terlelap sambil memandu?” Hakimi kehairanan.
“Apa nak hairan. Ain tu sentiasa kepenatan. Tak duduk diam. Tak mustahil lah dia terlelap. Dia mudah sangat tertidur. Tu yang dia mimpi tu.”
“Tapi tak kan sambil memandu Kak Pah. Tak pula dia terbabas.”
“ Kuasa tuhan Kimi. Selagi belum masanya memandu sambil tidur pun tak akan jadi apa-apa.”
Hakimi mengangguk. Sama ada mahu percaya atau tidak.
“Habis yang Kimi pula takut kenapa.? Kenapa Kimi terjumpa Ain pula? Oh! Kimi ekori Ain ye?’’ Kak Pah ketawa-ketawa.
Hakimi tersengih diusik Kak Pah. Terasa hangat wajahnya. Kak pah miliki daya meneka yang tepat dan mengena. Aduhai! Malunya dia.
“ Suka Ain ye. Budak pink-pink tu.” Kak Pah mengusik lagi.
“Pandai aje Kak Pah ni. Saya kesian kan dia sahaja. Dia kan perempuan. Apa pun boleh jadi Kak Pah. Kalau jadi apa-apa pada dia kita juga susah kan. Mia tentu tak ada cikgu tusyen lagi. Kena pula cari cikgu lain. Mia tentu tak mahu. Dia kan obses dengan Ain tu.”
‘Alah kalau Kimi suka pun apa salahnya. Kimi bujang Ain pun bujang. Miss pink-pink dengan Mr black-black.”
“Apa Kak Pah ni. Misya nak letak dekat mana pula.”
“Misya tu bukan isteri Kimi. Kalau isteri pun Kimi ada kosong lagi tiga tempat tahu.” Membayangkan wajah Misya menyebabkan Kak Pah rasa menyampah. Entah kenapa dia kurang suka dengan teman wanita Hakimi. Walau pun Misya bukan lah hodoh sangat atau terlalu gedik tetapi matanya dapat menangkap sesuatu yang kurang enak ada pada Misya.
“Apa-apa aje lah Kak Pah ni. Okey lah Kak Pah saya naik dulu lah.”
“Ha..Nak tidur tu basuh kaki dulu. Mana tahu ada pula hantu yang ikut Kimi balik. Kang tak pasal-pasal ada orang terjun dari tingkat dua tu terus ke kolam.” Kak Pah ketawa tanpa menunggu balasan Hakimi dia berlalu kebiliknya.
Hakimi menahan geram. Walaupun ketakutannya sudah hilang sedikit namun dia masih merasa takut juga. Teringatkan Ain si cik pink-pink. Sudah sampaikah dia kerumah. Selamatkah dia. Entah kenapa hati Hakimi libang libu. Senak otaknya yang tiba-tiba sahaja teringatkan Ain. Padahal dia baru bertemu Ain dua kali sahaja. Secara kebetulan dan bukan kebetulan. Ain tiba-tiba menguasai mindanya. Hakimi mengeleng kepala sekilas wajah Ain terlayar di matanya.

BERSAMBUNG….

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *