Breaking News
Home » E-Novel » E-Novel | Cik Pink Mr.Black | Part 3

E-Novel | Cik Pink Mr.Black | Part 3

CIK PINK MR BLACK – Part 3 | Nor Anida
“Assalamualaikum..Kak Pah Ain dah sampai.” Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah Hilman Ain terus sahaja memberi salam. Sekejap sahaja pintu sudah terbuka. Namun bukan Kak Pah orang gaji Hilman yang menyambut. Seorang lelaki yang membuka kan pintu untuknya.
Ain mengamati lelaki yang tercegat di hadapannya. Lelaki tadi! Lelaki MIB yang melanggar kereta Farah. Wah! Kecilnya dunia. Hari yang sama pada masa yang tidak jauh sangat jaraknya Ain bertemu lagi lelaki MIB yang sudah dia lupakan sebentar tadi. Ternyata mereka “ada jodoh”.
“Surprise! You yang bawa kereta saga yang I langgar kat trafik light petang tadi kan?”
Ain mengangguk. Tak kuasa melayan. Kalau dilayan harus berjela lagi soalan yang keluar dari mulut lelaki ini. Dia sudah lambat mahu memulakan kelas dengan Mia. Anak dara cilik Hilman.
“ Mia ada? Saya ni guru tusyen Mia.Boleh suruh dia turun.” Ain bertanya kan Mia. Pantas sahaja Ain melangkah ke bilik yang sudah dikhas kan untuk sesi pembelajaran Mia. Gadis cilik yang comel baru berusia Sembilan tahun sahaja. Ain langsung tidak menghiraukan lelaki itu.
“Kejap lagi dia turun lah.”
La lelaki MIB ni masih mengekori dia lagi. Timbul rasa tidak senang dihati Ain. Tidak suka di ekori. Tak ada kerja lain agaknya lelaki ini. Gerutu Ain di dalam hati.
“Sapa nama you ye?” Lelaki itu bertanya lagi. Ish Ain mula merasa tidak senang. Malas sungguh dia mahu melayan. Bukan habit dia gemar melayan kaum berlawanan jenis. Walaupun dekat kedai Pak Berahim itu rata-rata pengunjungnya lelaki namun dia belum mahu melayan mereka berlebihan. Dia tidak mahu menjadi buah mulut orang. Dia hanya mahu mencari rezeki pada sesuatu yang dia sangat gemari. Menebar roti canai dan aneka roti tersebut. Bukan mencari lelaki apatah lagi suami. Erk! Suami?..Ain mahu ketawa namun dikumamnya dalam diam. Lucu benar perkataan itu padanya.
“Hai Kak Ain” Sapaan Mia menyelamatkan keadaan. Seketika tumpuan Encik MIB dan Ain tertumpah kepada Mia. Tak perlu Ain jelaskan lagi tentu lah lelaki itu tahu namanya. Kalau tidak tahu juga memang lah dia bukan pendengar yang elok. Pekak!

“Oh! Ain ye..Ain teruskan lah tugas Ain ye. Saya naik dulu. Mia belajar rajin-rajin.Pakcik Kimi nak mandi. Nanti Pakcik turun tengok Mia study.” Hakimi mengenyitkan matanya kepada Mia. Mia galak ketawa. Ain hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Malas mahu campur. Didalam kepalanya terlekat ayat ‘nanti pakcik turun’. Kalau dia turun Ain akan jadi tidak selesa. Itu dia sangat pasti. Dia tidak suka orang memerhati. Hilman pun tidak pernah melihat dia mengajar. Hilman hanya tahu Mia mendapat keputusan yang bagus didalam setiap peperiksaan yang dilalui oleh anak gadisnya itu. Selebihnya dia tidak mahu tahu. Hilman hanya tahu membayar sahaja. Kadang-kadang Ain pelik dengan sikap Hilman yang langsung tidak kisah kepada Mia. Seolah-olah Mia bukan anaknya.
Mia. Menjadi yatim sejak lahir lagi. Mamanya sudah meninggal dunia ketika melahirkan Mia. Menurut Kak Pah sejak mama Mia meninggal dunia Hilman langsung tidak peduli akan Mia. Bukan dia membenci Cuma Hilman mahu melupakan segala kenangan antara dia dengan Arwah isterinya. Segala urusan memang Hilman lakukan tetapi dia jarang mahu bersenda dengan anaknya itu. Dia terlalu sibuk dengan perniagaan nya. Hanya itu cara untuk dia melupakan kepahitan hidupnya. Melupakan arwah isterinya. Itu kata Kak Pah. Ain hanya iya kan sahaja kerana dia tidak pernah mahu mengambil tahu
Selain Kak Pah kasih Mia kini tertumpah pada Ain yang dipanggilnya kakak. Ain mengajar Mia sejak dari tadika lagi. Sudah empat tahun dia mengajar Mia. Mereka sudah mesra walaupun Ain hanya datang seminggu dua kali kerumah Mia. Adakalanya Hilman mengizinkan Mia keluar bersama Ain jika Hilman tidak sempat membawa Mia kemana-mana. Kasih Ain tertumpah kepada Mia yang sudah dianggapnya seperti adik sendiri.
Usai mengajar Ain meluangkan masa seketika bermain dengan Mia. Sehingga dia tidak sedar jam sudah menunjukkan keangka sebelas. Begitulah kebiasaan Ain. Melayan sunyi si cilik. Melayan sunyi dirinya juga. Sunyikah dia? Hakikatnya Ain memang begitu. Kesunyian,adakalanya keresahan.
“Alamak Mia.Kakak dah lambat lah. Mia pergi tidur dulu ye.Kakak nak balik dah ni.” Ain bergegas mengemas barangnya yang bersepah diatas meja.
“Nak balik? Dah lewat ni Ain”. Suara Hakimi kedengaran ditelinga Ain. Dia lagi. Menyibuk betul.
“Tak apa. Bukan jauh pun Selayang dengan Bukit Antarabangsa ni. Ikut MRR2 setengah jam sampailah.” Ain menoleh seketika kepada lelaki MIB yang tercegat dimuka pintu.
“Gelap kan turun ke bawah tu. Ain tak takut ke?”
“Nak takut apa? Hantu?..Saya lagi takut orang dari hantu. Tak pernah lagi dengar orang mati dicekik hantu. Kalau orang mati kena bunuh adalah.” Ain tersengih panjang. Menutup hati yang agak cuak. Kerisauan sebenarnya. Kalau terjumpa hantu paling habis pun dia Cuma terketar ketakutan. Kalau pembunuh? Perogol? Mampu kah Ain mempertahankan dirinya?
Ain mencapai beg sandang pinknya. Beg digalas dibahu. Ain duduk dimuka pintu mengikat tali kasut yang juga berwarna pink. Semua benda yang ada pada Ain memang skema warnanya,pink!
Hakimi memandang Ain. Dalam hati dia berkata Ain ini taksub dengan warna pink agaknya. Sama seperti dia yang suka sangat warna hitam putih. Tetapi tidak lah sampai mahu mengecat kereta berbelang hitam putih seperti Ain yang sanggup mengecat keretanya dengan warna pink. Gila sungguh perempuan ini dengan warna Pink. Tetapi dia sangat comel dengan segalanya yang berwarna pink. Dari petang tadi hanya itu sahaja warna yang dia nampak tersalut pada tubuh Ain.
“Kakak Ain suka warna Pink. Sama macam Mia tau pakcik Kimi. Kakak Ain pun cantik pipi dia warna pink bila marah atau dia malu.”
Hakimi teringat kata-kata anak saudaranya itu sewaktu mendengar cerita Mia tentang rutin kehidupan hariannya. Tentang guru tusyennya yang diandaikan sangat comel. Bukan sahaja comel gadis itu juga handal membuat roti canai. Dia hanya mendengar pojokan Mia,pada Hakimi memang lah pelik jika ada gadis sebagus itu dizaman sekarang tetapi apabila melihat Ain dia sedar memang apa yang dikata kan Mia itu benar. Pipi Ain akan bertukar warna pink bila malu-malu.
“Okey lah Encik Kimi saya gerak dulu lah ye”. Ain meminta diri.
Hakimi mengangguk. Dia melihat Ain berlalu perlahan. Namun hati lelakinya merasa tidak enak. Seorang gadis memandu sendirian ditengah malam pekat gelap begini memang mengundang bahaya. Kalau hantu yang gadis itu jumpa tidak mengapa. Bagaimana kalau orang jahat?
Hakimi mencapai kunci motosikalnya. Dia mahu memastikan gadis itu selamat turun ke lebuhraya. Memang perjalanan menuruni bukit ini gelap dan merbahaya. Dia lelaki tentu lah kudratnya tidak sama dengan Ain , jadi tak salah lah jika dia menemankan Ain walaupun sekadar dari jauh sahaja.. Kalau ada hal dijalan boleh juga dia membantu.
Hakimi memecut laju. Sudah agak jauh juga dia ketinggalan. Hakimi harus cepat. Hatinya rasa tidak enak dengan prasangka. Memang tepat naluri lelaki Hakimi. Dalam kegelapan dia dapat melihat kereta Ain berhenti di tepi jalan. Hakimi mula berfikir perkara yang tidak enak. Harap-harap tidak ada yang buruk-buruk berlaku kepada Ain
Hakimi memberhentikan motosikalnya bersebelahan dengan kereta Ain. Dari sisi cermin tingkap yang sedikit terbuka Hakimi dapat melihat wajah Ain yang sedikit pucat. Hakimi mengetuk cermin tingkap perlahan-lahan. Berulangkali. Namun Ain seperti terpaku. Seperti nampak hantu sahaja.
“ Ain…Ain tak apa-apakah?” Hakimi bertanya. Dia kerisauan.
“aa…”Ain seperti tersedar dari tidurnya. Terpingga-pingga.
“Ain? Kenapa awak berhenti dalam gelap ni? Kenapa tak terus turun?” Hakimi bertanya lagi
“Encik…Kenapa ada dekat sini?Eh! Kenapa saya berhenti dekat sini?” Ain keliru.benar-benar keliru. Dia mula mengelabah. Setahunya dia memandu sahaja sperti biasa tadi. Dia tidak ingat. Mindanya tidak mampu menghurai apa yang terjadi.
“Ada sesuatu menganggu awak kah?” Jelas Hakimi merasa sangat bimbang. Sungguh pun Ain bukan kawannya tapi dia cikgu anak buahnya. Jika terjadi apa-apa pasti lah mereka juga yang akan terbabit.
“Entah lah..” Ain membuka pintu kereta. Dia keluar dan memandang sekeliling. Gelap gelita. Baru dia teringat.
“Kabus…ya kabus! Tebal sangat kabus tadi.”
“Kabus?..Kabus apa?..tak ada kabus pun dekat sini. Ain mimpi apa?”
“Betul Encik. Saya nampak kabus tebal sangat tadi. Saya ingat kabus biasa sahaja. Saya jalan sahaja lah.tetiba saya rasa melanggar sesuatu. Saya berhenti lah. Entah apa yang saya langgar.” Seketika Ain teringat apa yang telah terjadi.
Memang dia melihat kabus agak tebal dari biasa tadi. Tidak lah pula dia terfikir atau menjangkakan apa-apa disebalik kabus tebal itu. Terlintas pula satu perkataan dibenaknya..Hantu!…
“Hantu..?”Hakimi pula yang menzahirkan perkataan yang terlintas dibenak Ain.
“Hantu..?” Ain mula seram sejuk. Kalau benar yang di langgarnya tadi hantu. Aduh! Ain blur. Dia tidak mampu berfikir apa yang akan terjadi.
“Awak okey tak nak balik ni?” Hakimi bertanya lagi.
“Okey!okey!..” Ain angguk berkali-kali. Dalam hati Ain mula bimbang. Jauh lagi perjalanannya mahu menuruni bukit. Dah lah gelap gelita.
“Pasti?Kalau okey saya tak payah teman.” Sengaja Hakimi menduga. Mahu melihat reaksi gadis dihadapannya ini.
“Err…Okey lah kot.” Ain mula gelisah. Takut juga rasanya.
“Saya teman lah macam tu sampai bawah.” Hakimi memberi cadangan.
“Taka pa lah Encik. Menyusahkan encik sahaja. Saya bawak slow-slow. Harap-harap sampailah saya kebawah tu.” Ain cuba menguatkan semangat. Biar betul lah encik MIB ni. Helmet tak ada. Macam mana dia mahu menemani Ain hingga ke bawah. Kepala dia sama aje dengan kepala Ain. Bukan batu.
“Alamak helmet pula tak ada.” Hakimi menyedari kecuaian dirinya. Sekaligus membuat kan Ain melopong.
“Eh ! Awak ni ada magic ke? Tahu aje apa yang saya fikir.”
“Apa yang awak fikir?” Hakimi pula terlopong. Tiba-tiba di sergah begitu.
“Hantu,Helmet..tu semua ada dalam kepala saya ni. Macam awak boleh baca aje fikiran saya.”
“Kita serasi kot..” Hakimi sudah ketawa. Lucu pula rasanya dikata pandai membaca fikiran orang.
“Dah lah encik. Saya nak turun dulu. Tak payah lah encik teman. Saya dah okey ni.”
“Betul okey ni?” Hakimi mahu memastikan Ain benar-benar okey.
Ain mengangguk. Dia kembali masuk ke tempat duduk pemandu. Enjin di hidupkan kembali. Dengan lafaz bismillah Ain menekan pedal minyak. Usai memberi salam kepada Hakimi Ain terus pergi.
“Berani betul.” Hakimi mengelengkan kepala. Dia mengaru telinga yang tidak gatal. Terfikir pula dia ‘hantu ‘ yang dikatakan Ain tadi. Hakimi memandang sekeliling. Gelap, berkabus. Angin tiba-tiba bertiup agak kencang. Bulu romanya merinding. Tengkuknya terasa kembang. Tanpa berlengah Hakimi blah tidak tunggu lagi. Kalau ditunggu entah apa pula yang akan datang menyergah.

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *