Breaking News
Home » E-Novel » E-Novel | Cik Pink Mr Black | Part 2

E-Novel | Cik Pink Mr Black | Part 2

CIK PINK MR BLACK – PART 2 | Nor Anida
“Malam ni kau pergi mengajar tak Ain?” Farah bertanya. Pecah lamunan Ain.
“Macam biasa lah Farah. Hari ni kan sabtu. Memang kena pergi lah. Hilman pun tak ada telefon bagi tahu apa-apa.”
“Kau tak penat ke Ain. Dah lah hari biasa kau duduk kat kedai tu dari subuh sampai tengahari. Hujung minggu kau mengajar tusyen pulak. Tak cukup-cukup lagi kah duit kau?”
“Aku nak kumpul duit. Aku nak pergi umrah sebelum umur aku 25tahun.” Ain ketawa-ketawa menjawab sambil lewa.
“Alah..rasanya duit kau pun dah banyak kat bank tu. Kalau kau nak pergi esok pun dah boleh pergi kan.?” Ain hanya ketawa. Malas mahu menjawab nanti lagi panjang ceritanya. Sudahnya Ain angkat punggung. Mahu menunaikan solat zohor. Dia meninggal kan Farah di ruang tamu. Tidak pula dia mahu mengajak Farah bersama. Dia sedia maklum kawanya itu sedang bercuti.
Ain tertidur seketika. Tahu –tahu jam sudah menunjukan angka tiga petang. Alamak dia sudah terlewat.Bermakna dia hanya ada satu jam untuk membancuh doh roti canai nya. Memang lah bukan susah sangat mahu membancuh tetapi mahu menjadi kan ia kepada bahagian kecil yang dibulat-bulatkan itu yang lambat. Terkenangkan janjinya mahu keluar bersama Farah.Kelam kabut Ain bangun dan membasuh muka.
Di ruang tamu dia melihat Farah sedang asyik menonton televisyen. Entah cerita apa tidak pula Ain mahu bertanya. Dia terus sahaja kedapur. Mencapai besen besar untuk membancuh doh roti canainya.
“Hello makcik yang kau huru hara ni kenapa?” Farah kehairanan melihat Ain yang kelam kabut.
“Aku dah lambat ni Farah. Tepung ni aku tak bancuh lagi. Kan kita nak keluar kejap lagi. Tu yang aku huru hara ni.Eh! Mari lah tolong aku ni.” Ain bersuara cemas.
“Dah tak payah nak huru hara.” Farah mencapai besen besar dari tangan Ain lalu di letak kan kembali ke tempat asalnya.
“Weh! Kenapa kau simpan. Esok tak berasap lah dapur Pak Berahim tu Farah.” Ain keliru dengan perbuatan Farah.Kenapa harus disimpan besen itu?Farah tak nampak kah dia mahu membancuh doh roti canainya.
“Kau ni tidur tak basuh kaki apa? Mimpi apa kau ni?” Farah sudah ketawa lucu melihat wajah Ain yang terpinga-pinga.
“Ish! Kenapa pula?” Ain tidak faham. Sungguh dia keliru!
“Esok kan ahad Ain. Kau dah lupa hari ahad hari cuti kau. Bukan ke hari ahad Pak Berahim selalunya cuti.”
Ain terlopong. Nyanyuk dah agaknya dia. Terlupa esok adalah hari ahad. Hari di mana dia memang wajib cuti.Aduh! Kenapa lah dia jadi begini.
“Huh! Gila lah aku ni agaknya Farah. Nasib baik kau ada tolong ingatkan aku.”Ain lega.
“Tu lah kau. Kerja kalah kan aku. Tak ingat dunia betul kau ni.”Farah menampar lembut pipi Ain yang putih gebu. Timbul warna pink di pipi Ain.Cantik!
“Dah jom lah siap kita keluar..” Farah meninggal kan Ain termanggu.bagai tersedar dari mimpi lekas-lekas Ain masuk ke dalam bilik. Mahu bersiap. Malu melingkari, wajahnya yang putih bersih kelihatan merah. Nasib baik ada Farah kalau tidak habis lah. Sikap kalutnya tak hilang-hilang walaupun dia sudah mengingatkan dirinya supaya sentiasa bertenang.
Ain mengena kan seluar jeans dan baju t-shirt berlengan panjang berwarna pink. Tudung juga berwarna pink. Dia kelihatan manis dengan warna tersebut. Dia memang taksub dengan warna pink. Boleh di katakan semua bajunya berwarna pink. Cadarnya juga berwarna pink. Bilik tidurnya juga berwarna pink. Pendek kata apa sahaja semuanya wajib ada warna pink.Tak sah kalau tiada warna pink. Yang paling Ain suka adalah cik kelisanya yang juga sudah di cat dengan warna pink. Sayang sangat Ain dengan kereta pinknya itu. Ain tidak pernah kisah kalau orang berkata dia adalah lady pink. Peduli apa dia dengan omelan Farah yang selalu mengatakan matanya sakit dengan warna kegemaran Ain itu .Dia cukup tahu Farah sangat suka kelisanya. Habis segalanya berwarna pink.Kalau boleh periuk pun mahu di catnya dengan warna pink.
Mereka berdua keluar setelah memastikan segalanya berkunci. Tidak mahu kejadian lama berulang lagi. Pernah rumah mereka dimasuki pencuri. Nasib baik tiada barang berharga yang hilang. Ralat juga mereka kerana ia berlaku di atas kecuaian mereka sendiri.Sebenarnya kecuaian Ain. Sikap kalutnya membuat kan dia terlupa mengunci grill. Rezeki pencuri kata Farah. Apa nak di kesal kan lagi nasi sudah menjadi bubur.
Ain memandu tenang kereta Farah. Nasib baik jalan tidak sesibuk mana. Farah hanya berdiam diri. Barangkali asyik mendengar lagu nyanyian Hafiz awan nano.Ain menumpukan perhatian ke arah jalan raya.
Tiba-tiba…dum! Kereta rasa bergegar. Sah! Sudah di cium orang. Ain mula kalut. Rasanya dia memang patut berhenti sebab lampu isyarat sudah menunjukan warna merah. Kenapa orang di belakang tidak berhenti. Hati Ain mula panas. Farah tertoleh-toleh ke belakang.
“Jahanam lah kereta buruk aku.” Farah bersuara kuat. Cepat –cepat Ain dan Farah keluar dari kereta. Pemandu yang melanggar mereka juga keluar melihat bonet keretanya yang sudah rebeh.
“Tak ada mata ke brother?” Ain sudah meninggi kan suara. Matanya membuntang. Sempat dia mengerling wajah pemuda yang sudah mencium bumper kereta Farah. Macam Man In Black lah pulak. Baju Hitam seluar hitam . dah lah cuaca panas kering. Baru lepas menghadiri majlis pengebumian lah agaknya mamat ni.
“Dah lah Ain. Bumper aku pun okey aje ni. Brother ni punya yang rebeh.” Farah berbisik. Dalam hati Farah bersyukur kereta nya tidak ada yang kemek. Apatah lagi tercabut bumper.
“Maaf lah cik saya tak perasan pula lampu tu dah bertukar kaler tadi. Tak apa lah saya ganti kalau bumper cik rosak”. Wajah pemuda itu merah menahan malu. Sedar kesalahan sendiri.
“Tak apalah Encik. Calar aje sikit.bumper Encik tu yang tertanggal. Macam mana?”Farah memanis kan muka dengan senyuman.Ain memandang Farah tidak percaya. Benar kah ini Farah. Sebelum ni kalau kucing Kak Kiah melompat ke atas kereta buruknya ini bukan main lagi dia menghambat kucing itu. Ini kan pula dengan manusia yang sudah terang-terang berduit untuk membayar ganti rugi. Farah dah bertukar menjadi pemurah sesangat lah pula. Adakah kerana yang mencalarkan kereta Farah adalah seorang lelaki yang macho dalam baju MIB ini? Farah nak mengurat dalam rembang petang ini? Biar betul Farah ni
“Dah lah Ain jom. Nanti kau lambat pula nak pergi rumah Encik Hilman. Jom ..settle dah.” Farah menarik tangan Ain masuk ke dalam kereta kembali. Ain mengekori Farah dengan penuh tandatanya. Baik lah pula makcik ni. Hati Ain mula berprasangka. Farah mahu menjual minyak kah?
“Apasal kau baik sangat? Selalu bukan main kau sayang dengan kereta kau ni. Hari ni bukan main baik. Kau suka lelaki MIB tu ye?” Ain ketawa serkap jarang.
“Kau ni. Mana ada baik sangat pun. Memang kereta aku tak ada apa. Calar sikit aje. Jangan nak fikir bukan-bukan pula. Kau ingat senang ke aku nak suka lelaki tak tentu hala. Apatah lagi yang kita jumpa kat tepi jalan macam ni.” Farah mencubit peha Ain. Ain ketawa.
“ Alah kalau kau suka pun apa salahnya Farah. Dah sampai masanya kau ada steady boyfriend. Dah dekat nak dapat title andartu ni kena lah cepat sikit kan.”
“Wah banyak cantik muka kau. Sesedap mulut kau aje cakap kan. Kalau aku andartu kau pun sama lah juga.”
Mereka ketawa. Seolah-olah kejadian di persimpangan lampu isyarat tadi langsung tidak berbekas di hati. Mereka membeli belah tanpa prejudis. Gembira sentiasa.

BERSAMBUNG –

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

2 comments

  1. ::ini belog saya . cinta hati saya::

    best 🙂

  2. Waa.. Hntrlah kat syrkt penerbitan mana2..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *