Home » E-Novel » E-Novel | Cik Pink Mr.Black | Part 1

E-Novel | Cik Pink Mr.Black | Part 1

CIK PINK MR BLACK – PART 1 | Nor Anida
Ain mencampak kan beg galasnya ke atas sofa. Memang dia merasa sangat letih. Letih yang bukan di buat-buat. Hampir 5 jam dia berdiri berdiang pada kuali yang panas. Tangan yang bergerak tanpa berhenti,kepala yang mengingat setiap pesanan. Aduhai! Memang tak terbuat rasanya. Hari ini habis 300 ratus keping pelbagai roti canai. Nasib lah sudah ini pilihan yang dia ada. Hanya membuat roti yang dia tahu dan hanya ini pekerjaan yang dia rasa sangat memberi kepuasan pada dirinya.
“Hai Ain kalau ye pun letih pergi lah mandi dulu.” Ain tersentak. Suara Farah teman serumahnya menghentikan lamunan panjangnya. Ain mengeluh secara spontan.
‘Kenapa Ain? Ramai pelanggan ke hari ni?Habis?” Pertanyaan Farah hanya di jawab dengan anggukan. Malas benar dia mahu bercerita hari ini. Keletihan terasa memijak-mijak sendinya.
“Bisu dah?Kesian pulak aku dengan kau ni. Penat sampai tak mampu bersuara.Pergi lah mandi. Aku dah siap masak dah kari kepala ikan yang kau nak tu. Lepas makan boleh lah kau sambung tidur Ain. Rupa kau dah macam hantu Kak Limah dah aku tengok.” Ain ketawa mendengar celoteh Farah.
“Kau memang kawan yang baik. I love u Farah..muahh!” Ain memuncungkan bibirnya seolah-olah memberikan ciuman pada Farah.
“Hish..!Kau ingat aku lesbian.Dah pergi mandi…”Farah melontarkan bantal kecil kepadanya. Mencicit Ain lari ke bilik dengan tawa yang panjang.
Selesai mandi Ain menghadap hidangan tengahhari. Farah kalau memasak memang sedap. Tak sah kalau tidak bertambah. Baik Ain mahu pun Farah tekun menghabiskan makanan mereka.Sekali pun mereka tidak bersuara. Farah memang sedia maklum Ain memang tidak akan bercakap walaupun sepatah ketika makan. Pernah juga Farah bertanya mengapa Ain begitu. Ain hanya menjawab dia mahu menikmati kesedapan makanan yang terhidang. Selagi dia ada selera mahu makan. Mana tahu satu hari nanti Allah menarik balik seleranya terhadap makanan tersebut. Masa itu dia hanya boleh memandang orang lain menikmatinya.
“Alhamdullillah,murah rezeki aku hari ini. Roti canai habis. Makan tengahari pun best.” Ain bersyukur. Hari ini separuh harinya berjalan dengan lancar. Penat lelahnya dari pagi tadi terubat dengan airtangan temannya itu.
“Petang sikit aku ingat nak keluar. Kau nak ikut Ain?” Farah bercadang mahu ke Selayang Mall. Mahu membeli sedikit keperluan peribadi yang sudah habis. Sengaja dia mempelawa Ain mana lah tahu jika teman serumahnya itu mahu membeli juga.
“Pukul berapa kau nak pergi?” Ain bertanya. Mahu juga dia pergi. Dia juga sudah kehabisan barang peribadi. Terlanjur keluar boleh lah dia membeli tepung untuk membuat roti canai esok.
“Petang lah dalam pukul 5. Sempat lah kalau kau nak tidur kejap.”
“Naik kereta kau boleh?” Tanya Ain.
“Mana-mana pun boleh. Kenapa kereta kau?” Farah bertanya pelik. Selalunya Ain tidak pernah pula bertanya begitu. Farah yang selalu mahu Ain membawa keretanya kerana dia cukup malas mahu memandu. Sudah jemu memegang strering berjam-jam setiap hari. Lagi pun Farah sangat suka kan Kelisa Pink Ain.Comel.!
“Kereta aku okey aje. Aku malas pulak nak bawa cik kelisa tu hari ni. Biar lah dia rehat kat rumah.”
“Mana-mana lah Ain. Janji aku boleh sampai ke mana aku nak pergi tu. Kau drive ye nanti”
“Kereta kau kan. Kau lah drive”
“Hehe..Aku malas..”Ain membaling sebijik bantal kecil kearah Farah. Dalam diam kawannya itu mengena. Selalu sangat dia menjadi mangsa Farah. Namun Ain tidak kisah dia sangat faham. Farah jemu memandu di dalam kawasan Kuala Lumpur ini. Sudah lah setiap hari dia harus menghadap jem yang teruk selama berjam-jam. Kereta nya pula bukan auto seperti kereta Ain. Sudah kerap dia menyuruh Farah menukar keretanya. Lagipun kereta Farah sudah uzur. Proton saga Farah memang sudah patut di tukar kepada kereta yang baru.
“Ada nilai sentimental pada kereta buruk tu Ain. Itu lah hadiah arwah ayah aku. Sanggup dia guna kan duit pencen Kwspnya untuk beli kereta tu semata-mata nak senangkan aku pergi kuliah.” Setiap kali disuruh menukar kereta tuanya itu. Itu lah jawapan yang akan Farah berikan padanya.
“Ye lah aku tahu lah. Tapi aku rasa arwah ayah kau lagi suka kalau kau berjaya menukar kereta tu dengan yang lebih elok. Setidak-tidaknya dia tahu kau bukan lah kedekut.” Ain selalu membidas kata-kata Farah. Ain sudah faham sahabatnya itu sangat sayangkan duit. Bukan kedekut tetapi Farah terlalu mementingkan masa depan dari masa sekarang. Bukan macam dia yang membeli apa sahaja yang dia suka kalau ada duit lebih.Ah! duit bukan boleh bawa ke mati.Ada duit pun berguna setakat mahu membeli kain kapan bila sudah mati. Yang lebihnya akan diwasiat kan kepada sesiapa yang berhak atau paling tidak menjadi perebutan adik beradik. Ain tahu Farah ada ramai adik- beradik walaupun dia tidak pernah ambil tahu namun dari cakap-cakap Farah Ain tahu mereka bukan lah yang boleh di bawa berbincang bila masuk bab duit.
BERSAMBUNG…..

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

5 comments

  1. eh bro pun buat novel ke?perghh menyengat la cenggini.huhu

  2. ni sapa tulis ni..
    kamu ye???

  3. bro dh tulis novel pulak ke?hehehe

  4. teruskan, teruskan..hehe

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *