Breaking News
Home » Info Sukan » Dulu Pulang Awal

Dulu Pulang Awal

Selongkar punya selongkar , jumpa posting Pulang Marilah Pulang Bersama Sama  kat arkib yang agak dah bersawang. Maklumlah tahun 2012 punya. Aku ni memang suka baca blog sendiri , terutama posting yang lama-lama. Kekadang macam tak percaya je aku ada tulis benda ni dulu. Yerlah kan, sapa lagi nak baca blog sendiri kalau bukan sendiri yang baca..haha.
Berbalik kepada topik asal apa yang sebenarnya nak aku tuliskan ni, semua pasal team Belanda , ermmm bola lagi..tak der cerita lain ke blog ni selain dari bola..haha..lantaklah. Dulu masa euro 2012 Belanda jadi team belasahan walaupun menjadi pasukan pilihan. Kalah semua perlawanan peringkat kumpulan. Tapi kini di Piala Dunia 2014 , Belanda telah pun sampai ke peringkat separuh akhir. Tak kira leh macam mana cara menangnya, janji tak balik awalkan. 
Jadi 10 Julai 2014 ni Belanda akan berdepan Argentina dalam saingan separuh akhir. Peluang ke final tu cerah sebab kalau dah sampai ke peringkat ni , banyak kejutan akan berlaku. Semoga orenje mampu mengatasi Argentina atau pun Orenje semput dalam kepanasan cuaca Brazil. Tak kisahlah. Tapi apa yang pasti , mereka telah bangkit dari kegagalan dan membina semula pasukan untuk mencari kejayaan.
Jadi Harimau Malaya mesti macam ni , tetiba plak pi team Malaysia..hehe. Bangkitlah jadi kuasa bolasepak yang boleh dibanggakan. Tak boleh kuasai dunia pun , kuasai Asia pun jadilah macam zaman dulu-dulu. Sama juga dengan kita , gagal hari ini jangan terus mengalah. Bangkit teruskan perjuangan.. agi idup agi ngelaban.
Sekadar catatan bolasepak Piala Dunia 2014 yang digembar gemburkan …hehe 
PIALA DUNIA 2014

EURO 2012

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

One comment

  1. Belanda bolehchampion ini tahun

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *