Breaking News
Home » Berita » Duit Syiling Siri Baru Akan Mula Diedar 16 Januari 2012

Duit Syiling Siri Baru Akan Mula Diedar 16 Januari 2012

Duit Syiling Siri Baru | Tarikh Syiling Baru Diedar – Mungkin semua sudah sedia maklum bahawa Bank Negara Malaysia ( BNM ) telah memperkenalkan syiling siri baharu.Menurut BNM wang syiling baharu itu akan mula diedarkan pada 16 Januari 2012.Orang ramai boleh mendapatkan duit syiling baru ini melalui urus niaga biasa mereka.Maknanya tak perlulah nak pergi bank tukarkan.
Duit syiling baru ini adalah sah diperlakukan dan akan dikeluarkan untuk edaran secara berperingkat dan akan digunakan bersama-sama dengan duit syiling sedia ada.Duit syiling sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.Duit syiling siri baru ini bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, reka bentuk duit syiling siri baru ini mendapat inspirasi daripada ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara. Motif reka bentuknya memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna serta seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.
Denominasi duit syiling siri baharu ini ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen dan lebih kecil serta ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya.Untuk maklumat lanjut mengenai duit syiling siri baharu ini, orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 atau menelefon 03-2698 8044 di sambungan 8658, atau melayari laman sesawang Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my.

sumber BERNAMA

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

6 comments

  1. Azhafizah[フィザ]

    tak sabar nak gune syiling baru..tak nak gune,nak simpan aje..hihi

  2. Azhafizah,syiling lamalah simpan sebab lepas ni dah tak ada lagi dah…hehe

  3. haha betul tu..yang lama jd kenangan..

  4. akak rugi lah sbb dpt nnt dah buruk..hehe

  5. duit syilling baru santek. duit kertas pulak colorful.. ^^

  6. ad yg dpt untung beribu2 hasil drp mnjual duit baru ni, mcm2 la, dorg beli sbb nk kumpul yg sama num siri je pun…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *