Home » Berita » Duit Raya dan Dividen FGV Untuk Peneroka

Duit Raya dan Dividen FGV Untuk Peneroka

Duit Raya dan Dividen FGV Untuk Peneroka. Hari ini Perdana Menteri mengumumkan pembayaran dividen pelaburan FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) serta duit raya berjumlah RM900 bagi setiap peneroka di seluruh negara. Nilai itu adalah RM300 untuk sumbangan raya manakala RM600 dividen FGV.

duit raya dan dividen FGV
duit raya dan dividen FGV

Pembayaran dividen FGV itu membabitkan dividen awal sebanyak 6 sen sesaham dan dividen akhir sebanyak 4 sen sesaham bernilai RM600 bagi setiap peneroka yang keseluruhannya bernilai RM59.2 juta. Duit raya pula berjumlah RM29.6 juta. Semua pembayaran akan mula dibuat bermula 13 Julai 2015.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu ketika berucap pada Program Ihya Rahmat Ramadan Warga FELDA bersama Perdana Menteri peringkat Kebangsaan 2015 di FELDA Pasoh 4.

Alhamdulillah. Maka nikmat Tuhanmu manakah yang kamu dustakan? – surah Ar-Rahman

Check Also

kau aku kita raya

Sinopsis Kau Aku Kita Raya

Sinopsis Kau Aku Kita Raya. Pasti ramai yang masih ingat akan drama Kau Aku Kita …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *