Breaking News
Home » Info Sukan » Dua Syarat Qu Puteh Untuk Taja Kelantan

Dua Syarat Qu Puteh Untuk Taja Kelantan

Dua Syarat Qu Puteh Untuk Taja Kelantan. Jika ingin mendapatkan tajaan perlu penuhi dua syarat. Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menetapkan dua syarat kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebelum bersedia menaja badan induk itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2016.

Dato Seri Vida
Dato Seri Vida

Syarikat yang terkenal dengan produk Pamoga Qu Puteh dan telah banyak menaja rancangan televisyen meletakan dua syarat jika pasukan Kelantan mahu mendapat tajaan beliau.

Dua syarat yang harus dipenuhi adalah dengan menukar warna Stadium Sultan Muhammad IV kepada merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan seharusnya didahului dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Menurut Datuk Seri Dr Hasmiza atau lebih dikenali dengan Datuk Seri Vida, beliau tidak kisah dengan jumlah penajaan dan bersedia menyalurkan peruntukan bila diperlukan.

“Syarat pertama, Stadium Sultan Muhammad IV dicat dengan warna merah jambu kerana ia dapat menghasilkan satu kelainan kepada penyokong bola sepak Kelantan. Kedua, nama pasukan seharusnya ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors seperti Negeri Sembilan yang menukar nama pasukan itu kepada NS Matrix. Biarlah kita sama-sama membangunkan pasukan Kelantan yang dulunya amat disegani oleh pasukan lain.” – Datuk Seri Vida

Syarat yang ditetapkan ini mendapat reaksi yang berbagai dari pengguna media sosial terutama Facebook dan menjadi viral.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *