Breaking News
Home » Santai » Dua Hari Yang Memenatkan

Dua Hari Yang Memenatkan

As Salam… kembali semula dengan entri yang bukan SEO..haha.Bukan apakan sejak dua menjak ni aku jarang dapat luangkan masa untuk update blog sebab banyak hal yang hendak di urus dan kena hadiri.Jadi untuk menampung dan menampal kebocoran kehadiran pengunjung terpaksalah publish entri SEO banyak-banyak..Sekurang-kurangnya dapat gak elakkan blog bersawangkan.
Hari Sabtu kena hadiri kursus ICT.. dan salah satu modul masa program tu adalah buat blog..sebab aku memang kaki blog tak jadi masalah nak faham apa yang disampaikan..kacang je kan.Masa program tu kena buat blog..jadi aku buat blog baru laa..dan terciptalah BLOG ni..dan tak sangka lak ( memang dah jangka sebab peserta lain zero tentang blog ) ..blog yang aku buat hanya mengambil masa 30 minit jadi blog terbaik hari tu..berbanding peserta lain yang bikin blog mereka dari pagi sampai petang..kui kui..( ayat macam kerek laa plak )..
Hari Ahad..plak kena attend program Perhimpunan Perancangan Pelan Bertindak Belia Parlimen Jempol.Dalam program ni pihak UUM Universiti Utara Malaysia terlibat dalam menjalankan kaji selidik untuk pembangunan belia..selain itu program turut di isi dengan ceramah oleh wakil AMAN MALAYSIA mengenai kekejaman rejim Israel..
Jadi secara rasmi minggu ni tak der cuti..adeh..malam ni kena cas dengan tidur yang lena sebab esok hari isnin dah pasti kerja memang melambak..

Check Also

keputusan piala malaysia 18 julai

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017. Aksi TM Piala Malaysia kembali dengan 8 perlawanan berlangsung …

4 comments

  1. memang semua pun bz..so kena pndai buat jadual n ambil peluang… 🙂

    dah terjah blog tu memang susana yg nyaman n sesuai dgn tema persatuan felda..:).. dah otai memang lah..huhuhu

  2. takpe,minggu depan ade cuti ^__^.memang patut dapat terbaik blog tu.kene dengan tema felda tu.tahniah ^__^

  3. sama gak ngan aku bro..show memanjang sampai x menang tangan

  4. MINTAK LA CUTI..:P

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *