Breaking News
Home » Info Hiburan » Drama Sweetie Nanie Slot Lestary TV3

Drama Sweetie Nanie Slot Lestary TV3

Sinopsis Drama Sweetie Nanie Slot Lestary TV3. Satu lagi drama menarik bakal menemui peminat drama melayu di TV3. Bakal mengandingkan Nadia Brian dan Aidit Noh selaku pelakon utama. Drama 13 episod ini akan mula ditayangkan pada 29 september 2016 pada hari rabu hingga jumaat jam 9 malam.

Drama Sweetie Nanie
Drama Sweetie Nanie di Slot Lestary TV3 mengandingkan Aidit Noh dan Nadia Brian

Sinopsis Drama Sweetie Nanie

Kisah berkisar tentang seorang gadis yang bernama Nanie Nadira lakonan Nadia Brian yang pernah melahirkan seorang anak luar nikah setelah dirogol ketika berusia 16 tahun. Oleh kerana Nanie Nadira masih bersekolah dan tidak berpendapatan, Nanie Nadira menyerahkan anaknya itu kepada kakaknya, Nora. Namun, apabila bayi itu telah diculik di sebuah klinik, Nora pula meninggal tidak lama kemudian kerana kemurungan. Peristiwa tragis ini sekali lagi menghimpit kehidupan Nanie Nadira kerana Nora telah mengamanahkan Nanie Nadira untuk mencari anaknya kembali dan menjalani tanggungjawabnya sebagai ibu kandung bayi itu.

Senarai Pelakon Sweetie Nanie

Nadia Brian, Aidit Noh, Duerra Mitilda, Syafnida Shuhaimi, Nazeera Sardi, Julia Farhana, Faiz Hak, Indah Emeerlda, Nafiz Muaz, Fana Azizan, Feiyna Tajudin

Check Also

Miss Kapten Cikgu Waiz

Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz. Pastikan anda tidak ketinggalkan menonton drama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *