Breaking News
Home » Info Hiburan » Drama Surah Buat Maisarah Slot Zehra TV3

Drama Surah Buat Maisarah Slot Zehra TV3

Sinopsis Drama Surah Buat Maisarah Slot Zehra TV3. Bermula 20 Julai 2016 slot zehra TV3 telah pun menayangkan drama terbaru bertajuk Surah Buat Maisarah yang mengandingkan Syatilla Melvin dan Shukri Yahaya sebagai pelakon utama. Drama 15 episod ini bersiaran setiap Rabu dan Khamis jam 9.00 malam.

Surah Buat Maisarah
Surah Buat Maisarah

Senarai Pelakon
Syatilla Melvin, Shukri Yahaya, Nabilah Dally, Shah Iskandar, Azri Iskandar, Zarina Zainuddin, Beego, Abby Nadzri, Yusri Salleh, Dania Aina, Ieka Zulkifli, Nursha, Ku Faridah, Halimah, Abby Khairuddin, Siti Khadijah, Monicca Picca, Ezam, Syatira Amir, Abdul Malek

Sinopsis Surah Buat Maisarah
Drama ini mengisahkan mengenai seorang gadis melayu, Maisarah atau Sara lakonan Syatila Melvin yang mengagungkan budaya barat hanya kerana pernah menetap di Amerika untuk beberapa tahun. Bagaikan buku bertemu ruas, apabila dia terpaksa bekerja dengan pemuda Melayu yang sering menggunakan petikan ayat-ayat Al-Quran dalam menegur dan menyedarkannya.

Kisah bermula dari sekembalinya ke Malaysia, Sara terkejut melihat Zalikha telah bertudung. Bagi Sara, hanya gadis kampung saja yang bertudung. Lalu Sara persendakan Zalikha. Meskipun sakit hati, Zalika hanya bersabar. Merasakan dirinya hebat dan lebih moden, kelakuan dan percakapan Sara sering sahaja menjengkelkan orang disekelilingnya. Perangai kasar dan sombong Sara turut menjengkelkan pekerja di syarikat itu, lebih-lebih lagi Nazim lakonan Shukri Yahaya seorang arkitek muda di syarikat itu. Nazim tidak senang melihat kelakuan Sara dan mula menghantar surah-surah Al-Quran sebagai teguran kepada Sara. Akan tetapi, teguran Nazim hanya menambah bara dan membuatkan Sara merasa lebih tercabar sehingga memecat Nazim dan terus berhubungan dengan Fikri. Bagaimanakah nasib Nazim dan berjayakah dia mengubah Sara?

Check Also

sinopsis dan pelakon shhh i love you

Sinopsis Dan Pelakon Drama Shhh I Love You

Sinopsis Dan Pelakon Drama Shhh I Love You. Lain macam pula tajuk drama terbaru slot …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *