Breaking News
Home » Info Hiburan » Drama Lara Terindah Slot Akasia TV3

Drama Lara Terindah Slot Akasia TV3

Sinopsis Drama Lara Terindah Slot Akasia TV3. Satu lagi drama terbaru bakal menemui penonton Slot Akasia TV3 bermula 31 Ogos 2016. Drama ini mengantikan Sayangku Kapten Mukhriz yang telah pun berakhir. Lara Terindah akan mengandingkan Nazrief Nazri dan Nelydia Senrose selaku palakon utama. Lara Terindah akan bersiaran sebanyak 14 episod .

Senarai Pelakon Lara Terindah
Nazrief Nazri, Nelydia Senrose, Hafeez Mikail, Nonny Nadirah, Bil Azali, Mustaqim Bahadon, Jasmin Hamid, Rahhim Omar, Ika Nabella, Laila Nasir, Roy Azman, Zulkifli Mohd Salleh, Nor Amisah, Kamal Ibrahim, Syafiq Ibrahim, Danial Fiq, Kim Fukazawa

Sinopsis Lara Terindah
Drama ini mengisahkan seorang jejaka bernama Razlan yang sangat anti dengan perempuan dan sentiasa memberi layanan buruk kepada mereka. Elena ialah penulis skrip drama yang bekerja di produksi yang sama dengan ibu Razlan, Puan Mimi. Kebencian Razlan terhadap Elena bermula selepas kemalangan kereta yang menyebabkan Razlan terlepas sebuah projek besar. Razlan ingin membalas dendam terhadap Elena sekiranya mereka ditakdirkan untuk bertemu sekali lagi. Razlan bertambah benci dengan Elena yang dianggap mahu mengambil kesempatan daripada ibunya.

Razlan juga memandang rendah terhadap Elena yang dilihat intim dengan Dato’ Kamal. Razlan mula berbuat baik dengan Nisa, pekerja baharu di syarikat Razlan yang mata duitan dan sering dijadikan mangsa bulinya. Tujuan Razlan berbuat demikian adalah kerana dia ingin mendekati Elena agar dia dapat membalas dendam. Apa yang Razlan tidak mengetahui adalah Nisa sebenarnya sudah mula menaruh perasaan terhadap Razlan dan bertekad untuk memilikinya.

Apakah kesudahan drama ini, saksikan setiap Isnin hingga khamis jam 6.58 petang di Slot Akasia TV3 bermula 31 Ogos 2016. Selamat menonton.

Lara Terindah Slot Akasia TV3
Lara Terindah Slot Akasia TV3

Check Also

Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku. Tonton lakonan Erra Fazira, Hisyam Hamid, Norman Hakim, …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *