Home » Uncategorized » Drama King

Drama King

Setelah 24 jam perlawanan antara Malaysia dan Singapura berlalu dimana keputusan memihak kepada Singapura macam-macam cerita boleh kita baca.Zaman teknologi maklumat ni kat mana-mana kita leh dapat macam-macam cerita.Tak macam dulu,nak tunggu surat khabar awal pagi,itu pun semua cerita semalam.

Hari ini dalam aku menerjah blog sahabat blogger dan status serta komen di FB,nampaknya aku belum ada baca rasa tidak puas hati melampau dengan pasukan kebangsaan.Tahniah kepada rakyat Malaysia kerana anda mampu terima hakikat,bukan kita tak bagus cuma rezeki kita belum menjelma.Ini barulah penyokong sejati..tak kira menang atau kalah.Tapi ini bukanlah mengambarkan pendapat keseluruhan peminat sukan negara.Masing-masing ada pandangan sendiri.Aku cuma majoriti dari penulis blogger tentang pandangan mereka.

Dan rata-rata entri dan komen di blog dan FB hari ini mengutuk lakonan atau drama yang dibuat oleh pemain Singapura yang mana telah banyak menganggu momentum kebangkitan pasukan Malaysia.Selain itu ramai juga yang menulis rasa bangga dengan pasukan kita kerana di barisi pemain tempatan berbanding lawan.Tahniah sekali lagi untuk anda yang berjiwa patriotik ini.Semoga sokongan sebegini akan berterusan.

Oklah..beri ruang dan peluang untuk pasukan ini,kerana bagi aku kejayaan tak akan tercapai hanya sekelip masa.Mereka rata-rata masih muda.Selepas ini teruskan sokongan anda untuk pasukan olimpik bawah 23 tahun pula.Mereka juga ada misi.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

7 comments

  1. rajagopal kena belajar taktikal defensive dari ong kim swee

    hehe XD

  2. setuju! tak nampak lagi orang mengata malaysia, good! pasal singapore tuh, haih lantak la. -__-

  3. dah habis.. sop x nak komen lagi pasal kalah menang..
    yg ptg rancang masa depan.. huhuhu

  4. kejayaan ttidak datang bergolek..so…no komen..hehe..

  5. sokongan padu rakyat Malaysia… walau saya kaki bangku, tapi saya juga menyokong perlawanan malam tu, x pernah2 menonton bola.. hahahah.. dulu orang suka kutuk pasukan malaysia and agung2kan pasukan bola negara lain… tapi budaya itu telah tukar sekarang… saya bangga menjadi rakyat malaysia…hehhe.. tba2kan?

  6. bagi aku kekalahan ini kerana ada kesilapan teknikal dan taktikal rajagopal…apa-apapun pemain sudah beraksi yg terbaik…

  7. bukn tk leh berlakon tp tk agak2..awal2 lg dah mulakn lakonan..

    tektikel pun ia jugak…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *