Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Drama Biar Aku Jadi Penunggu Akasia TV3

Sinopsis Drama Biar Aku Jadi Penunggu Akasia TV3

Nantikan kemunculan Ashraf Muslim dan Janna Nick dalam Drama Biar Aku Jadi Penunggu. Adakah ini cerita seram sebab mereka akan jadi penunggu? Tidak sekali kerana ini adalah cerita cinta yang diadaptasi dari novel karya Arsha.

Drama Biar Aku Jadi Penunggu akan bersiaran sebanyak 28 episod bermula 26 disember 2016 di slot Akasia TV3. Isnin hingga khamis 6.58 petang seperti biasa. Peminat Janna Nick , pastikan tidak ketinggalan.

Siapakah pelakon yang membintangi Biar Aku Jadi Penunggu ? Selain Janna Nick dan Ashraf Muslim selaku pelakon utama, turut akan dibantu oleh Miera Leyana, Fahmy Reza, Octovia Manrose, Shah Iskandar, Nik Adam Mika, Azar Azmi, Amir Rahim, Jasmine Ashraff, Shah Sulaiman, Ziha Salleh, Roy Azman, Sharifah Shahora, Mahmod Ali Bashah, Wilma Muhammad.

Drama Biar Aku Jadi Penunggu
Biar Aku jadi penunggu mengandingkan Ashraf Muslim dan Janna Nick

 

Sinopsis Drama Biar Aku Jadi Penunggu

Berkisar tentang Iffat Hamani dan Afeef Adwan yang bersahabat baik sejak di bangku sekolah lagi. Namun Afeet mempunyai niat tersembunyi disebalik perhubungan mereka berdua. Iffat yang dalam diam menaruh perasaan terhadap Afeef, menerima lamaran Afeef dengan harapan mereka punya peluang untuk hidup bahagia atas janji yang ditabur oleh Afeef sebaik sahaja lelaki itu pulang semula ke tanah air. Dua tahun yang dijanjikan akhirnya berlanjutan hingga tiga tahun. Lelaki itu mendiamkan diri tanpa sebarang berita. Tetapi Iffat masih berpegang pada janji dan sanggup menunggu lelaki itu walaupun hati sendiri terluka.

Selepas tiga tahun tanpa khabar berita, Afeef muncul kembali bersama kanak-kanak bernama si comel. Siapakah Si Comel, bagaimana pula janji Afeet kepada iffat yang setia menanti dengan harapan dan janji. Saksikan kesudahan drama Biar Aku Jadi Penunggu di Slot Akasia TV3.

Lagu Tema OST adalah nyanyian Ronnie Hussein yang juga bertajuk Menanti Janji. Dibawah adalah lirik lagu dan video.

Telah lama ku rasa sebegini
Meniti masa silih berganti
Ku harapkan engkau datang kepadaku
Walau sekadar mimpi

Ku cuba untuk mengejar kamu
Makin ku genggam ia terlerai
Sedari diri kian menjauh
Jauh terpisah dari diri kamu

Biar hatiku menanti
Biar ku terus menunggu
Di dalam kegelapan hariku
Tanpa cinta kamu
Biar jiwa terus mati
Menanti janji kamu
Biar aku jadi penunggu

Ku cuba untuk mengejar kamu
Makin ku genggam ia terlerai
Sedari diri kian menjauh
Jauh terpisah dari diri kamu

Biar hatiku menanti
Biar ku terus menunggu
Di dalam kegelapan hariku
Tanpa cinta kamu
Biar jiwa terus mati
Menanti janji kamu
Biar aku jadi penunggu

Biar hatiku menanti
Biar ku terus menunggu
Di dalam kegelapan hariku
Tanpa cinta kamu
Biar jiwa terus mati
Menanti janji kamu
Biar aku jadi penunggu

Biar hatiku menanti
Biar ku terus menunggu
Di dalam kegelapan hariku
Tanpa cinta kamu
Biar jiwa terus mati
Menanti janji kamu
Biar aku jadi penunggu
Biar aku jadi penunggu

Tonton video disini OST Biar Aku Jadi Penunggu ( Menanti Janji )

Check Also

Sinopsis drama dia

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah. Peminat drama pastikan tidak ketinggalan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *