Breaking News
Home » Info Hiburan » Drama Abang Bomba I Love You

Drama Abang Bomba I Love You

Sinopsis Drama Abang Bomba I Love You. Kepada peminat drama melayu pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan drama bersiri terbaru di Astro Ria. Bakal mengandingkan Hisyam Hamid dan Amira Othman selaku pelakon utama. Abang Bomba I Love You telah mula bersiaran pada 12 september 2016 setiap jam 10 malam isnin hingga khamis. Akan bersiaran sebanyak 16 episod.

Abang Bomba I Love You
Abang Bomba I Love You

Senarai Pelakon Abang Bomba I Love You

Hisyam Hamid, Amira Othman, Nadya Syahera, Jaslin Puasa, Kazar Saisi, Fikhree Bakar, Roy Azman, Najua Pramlee, Kuna Muzani, Rosnah Johari

Sinopsis Abang Bomba I Love You

Kisah bermula dengan perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan superherodalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.

Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.

Perkahwinan Rayqal dan Mawar yang bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta dalam arlogi masa. Salahkah seorang budak mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu? Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama berkelana di bumi asing? Adakah kepulangannya mampu menghentikan gelora cinta di jiwanya?

Saksikan kesudahanan drama Abang Bomba I Love You ini di Astro Ria dan Ria HD.

Check Also

sinopsis dan pelakon shhh i love you

Sinopsis Dan Pelakon Drama Shhh I Love You

Sinopsis Dan Pelakon Drama Shhh I Love You. Lain macam pula tajuk drama terbaru slot …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *