Breaking News
Home » Teknologi » Download Aplikasi YouTube Kids

Download Aplikasi YouTube Kids

Download Aplikasi YouTube Kids. Google telah pun melancarkan applikasi terbaru mereka iaitu khas buat kanak-kanak iaitu Youtube Kids. Memang tidak dinafikan, youtube merupakan salah satu laman sosial yang popular dan digunakan oleh berbagai lapisan masyarakat tidak kira usia. Mungkin ini juga sedikit merisaukan ibu bapa jika kanak-kanak kecil mengguanakannya tanpa pengawasan.

Oleh itu, Google memperkenalkan Youtube Kids dimana ianya mempunyai ciri-ciri lebih selamat untuk kegunaan kanak-kanak. Risau juga jika bahan-bahan video 18sx kekadang akan muncul pada senarai pilihan apabila digunakan oleh kanak-kanak.

Antara ciri utama yang terdapat pada Youtube Kids adalah ibubapa boleh set masa penggunaan dan mematikan latar belakang bunyi pada applikasi. Jadi tidak perlu risau kanak-kanak leka menggunakan smartphone atau tablet melebihi had masa sehingga terleka dan kurang pada kehidupan sebenar zaman kanak-kanak.

Youtube Kids  hanya mempunyai empat butang Shows, Music, Learning dan Explore, dan satu butang carian yang menyokong carian suara bagi memudahkan kegunaan kanak-kanak.

Download Applikasi Youtube Kids
Applikasi Youtube Kids

Anda boleh download applikasi ini melalui pautan Android dan iOS

Check Also

Jupiter Smartphone vape

Jupiter Smartphone Vape

Jupiter Smartphone Vape. Dunia teknologi semakin kedepan dengan perbagai ciptaan. Smartphone atau telefon pintar antara …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *