Home » Info Sukan » Dollah Terkejut Penyebaran Senarai Pemain Palsu

Dollah Terkejut Penyebaran Senarai Pemain Palsu

Dollah Terkejut Penyebaran Senarai Pemain Palsu. Jurulatih pasukan Harimau Malaya terkejut apabila mendapat tahu akan penyebaran senarai nama 35 pemain yang akan mengikuti latihan persediaan untuk Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Kelayakan Piala Asia 2019.

“Saya tak tahulah siapa punya kerja ni. Kenapa dia pula yang pandai-pandai buat senarai ini. Sedangkan saya tak keluarkan lagi sebarang senarai panggilan. “Buat masa ini, saya baru meletakkan senarai nama di papan putih dengan silih berganti pemain keluar dan masuk. Masih belum dimuktamadkan lagi senarai. Saya boleh senaraikan minimum 50 pemain, bukannya 35 pemain. Jadi senarai yang tersebar itu senarai palsu,”- DOLLAH SALLEH

Senarai palsu pemain Malaysia
Senarai palsu pemain Malaysia yang tersebar melalui media sosial

Menurut Dollah, beliau masih belum mengeluarkan senarai rasmi nama pemain yang akan dipanggil dan senarai yang disebarkan melalui media sosial adalah palsu.

Pasukan Malaysia kini dalam persiapan menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia yang diadakan serentak serta diundi dalam kumpulan A bersama  UAE, Arab Saudi, Palestin dan Timor Leste.

sumber BH Online

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *