Home » Info Sukan » Dollah Salleh Letak Jawatan

Dollah Salleh Letak Jawatan

Dollah Salleh Letak Jawatan. Dikhabarkan pengendali skuad Harimau Malaya , Dollah Salleh akan meletak jawatan selaku Ketua Jurulatih Kebangsaan setelah beberapa aksi buruk yang dipersembahkan oleh anak-anak buahnya terutama dalam saingan kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia yang sedang berlangsung.

dollah salleh
dollah salleh

Kekalahan memalukan 10-0 ditangan UAE pada 3 September adalah kemuncak yang mencetuskan kemarahan penyokong bolasepak Malaysia. Ibarat tiada apa lagi yang boleh diharapkan dan majoriti mahu perubahan termasuk Dollah meletak jawatan termasuk pengurusan FAM juga. Tidak boleh dinafikan dan tidak boleh dipandang sepi kehendak penyokong kerana perkara ini sudah terlalu lama tanpa ada peningkatan malah semakin teruk.

Pengumuman itu dibuat Dollah tengahari tadi dan disahkan oleh Setiausaha Persatuan Bolasepak Malaysia FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. Dollah dan pemain akan tiba kira-kira jam 10 malam ini dari Abu Dhabi, kita tunggu sahaja pengumuman rasmi dari FAM.

sumber berita.rtm.gov.my

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *