Home » Berita » Dividen Dan Bonus ASB 2014

Dividen Dan Bonus ASB 2014

Jumlah Dividen Dan Bonus ASB 2014. Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah pun mengumumkan agihan pendapatan dividen 7.5 sen seunit dan bonus satu sen seunit bagi dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014.

Peruntukan pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM10.16 bilion. Peruntukan bagi pembayaran bonus pula sebanyak RM804.43 juta.

Pengiraan pendapatan Dividen berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB berakhir pada 31 Disember 2014, manakala pengiraan bonus pula berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh 10 tahun dari 2005 hingga 2014.

Semua urus niaga bagi ASB di Ibu Pejabat, pejabat dan ejen ASNB akan ditangguhkan pada 23 Disember 2014 hingga 1 Januari 2015, bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dividen dan bonus bagi tahun kewangan semasa. 

Jumlah Dividen dan bonus ASB 2014

sumber BH Online / Gambar Bernama

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *