Home » Info Sukan » Dimitar Berbatov Bakal Tinggalkan Manchester United ?

Dimitar Berbatov Bakal Tinggalkan Manchester United ?

Dimitar Berbatov Bersedia Tinggalkan Manchester United – Seperti pepatah , ditelan mati emak diluah mati bapa , begitulah situasi yang dihadapi oleh pemain bintang MU yang sering disisihkan kesebelasan utama Man Utd dalam saingan liga EPL mahupun peringkat eropah. Penyerang yang sudah empat tahun di Old Trafford itu merayu untuk dilepaskan selepas dia hanya tampil 12 kali dalam pertandingan  Liga Perdana Inggeris  musim lalu.

Berbatov  mahu menamatkan kontraknya bersama MU untuk bersama pasukan lain yang boleh memberi ruang kepadanya untuk bermain namun tetap berharap untuk terus kekal dalam pasukan Manchester United.

“Sebenarnya, saya sayang kelab ini tetapi saya tidak mahu kelihatan tidak berguna jika saya tidak bermain, Saya mahu bermain dan saya mahu membantu.Tetapi tanpa sebarang alasan ia tidak berlaku, atau peluang saya dihadkan. Jadi adalah lebih baik jika saya ucapkan selamat tinggal.”  seperti yang diluahkan dalam Facebooknya.
DIMITAR BERBATOV

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *