Home » Info Sukan » Diego Costa Terus Cemerlang

Diego Costa Terus Cemerlang

Keputusan Chelsea vs Swansea 13 September 2014 EPL – Penyerang Chelsea yang dibeli dari Atletico Madrid Diego Costa terus menunjukkan ketajaman di hadapan gol apabila menjaringkan hattrik sekaligus membantu Chelsea membenam cabaran Swansea dengan keputusan 4-2. Sehingga kini Diego Costa telah pun menjaringkan 7 gol dalam saingan EPL.
Dalam perlawanan menentang Swansea Diego Costa menjaringkan gol pada minit 45 , 56 dan 67. Dengan kemenangan keatas Swansea , Chelsea kini terus mendahului carta Liga EPL dengan 12 mata hasil tiga kemenangan. 
diego costa
Seorang lagi penyerang baharu Chelsea yang dibeli dari QPR Loic Remy, turut melakarkan sejarah peribadi apabila menjaringkan gol keempat Chelsea dalam penampilan pertamanya bersama kelab itu. Remy yang masuk mengantikan Costa tidak menunggu lama apabila menjaringkan gol keempat Chelsea. 
Dua gol Swansea tercipta hasil gol sendiri pertahanan Chelsea , John Terry pada minit 11 dan Jonjo Shelvey pada minit 86 perlawanan.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *