Breaking News
Home » Lirik Lagu » Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Lirik Lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman memang mengambarkan semangat cintakan negara, semangat patriotik sebagai warga Malaysia. Tidak hairanlah mengapa bait lirik dalam lagu ini akan dijadikan tema hari kemerdekaan atau hari kebangsaan yang ke 57. Malaysia Di sini Lahirnya Sebuah Cinta
 
Namun ramai yang mempertikaikan pemilihan tema ini , biasalah bukan mudah hendak memenuhi hati setiap orang. Bak kata pepatah rambut sama hitam , namun hati lain-lain. Namun mengkritik biar membina bukan menjahanamkan. Walau apa pun bersyukurlah , sudah 57 tahun Malaysia merdeka. Tahun ke 57 dengan tema Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.
 
Bila sebut merdeka , akan timbul pula negara sahaja merdeka, rakyat masih dijajah. Mudah sahaja, balik rumah tengok cermin. Kalau nak berubah , pokok pangkal dari diri sendiri. Kenapa perlu tuding sana tuding sini. 
 

LIRIK LAGU WARISAN 

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA , aku ada cara aku sendiri untuk tunjukkan sayang aku pada Malaysia…. 


Tidak salah untuk kita mempunyai semangat cintakan tanah air, tetapi sebagai orang islam ianya perlu disatukan dengan tujuan demi mempertahankan Agama Islam dan untuk memastikan Islam kekal di negara kita, jangan hanya cinta dengan membuta tuli. Kita juga jangan lupa bahawa nikmat kebebasan dan Merdeka ini diberikan oleh Allah, dan kerana keizinan Allah, maka jangan lupa untuk kita bersyukur kepadanya.

 
di sini lahirnya sebuah cinta

 

MALAYSIA DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

One comment

  1. Salam kemerdekaan ke-57, moga ceria di hari merdeka. Cintailah Malaysia kita.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *