Breaking News
Home » Motivasi » Di Saat Dunia Di Hujung Nyawa

Di Saat Dunia Di Hujung Nyawa

Di saat dunia di hujung nyawa, di kala dunia hampir musnah,
aku hairan melihat manusia, masih terggelam mengejar harta, 
masih basah tertimbus dosa, 
tanpa ada rasa bersalah, untuk kembali ke pangkal jalan.

Di saat dunia di pentas luka, di kala dunia dimamah derita, 
manusia hanyut di arus deras, menatang hiburan yang penuh leka, 
mengagung syaitan membiar beraja.

Di saat dunia di hujung garisan, di kala dunia menuju retak,
nafsu beraja mengawal jiwa, akal dikunci mati berfungsi,
bagaimanakah destinasi nanti, bahagia atau derita menanti?

Ya Allah ya tuhan kami,jauhilah kami dari lalai dan leka.
Ya Allah ya tuhan kami,jauhilah kami dari sgl kesesatan.
Ya Allah ya tuhan kami,sesungguhnya kami tak layak ke syurgaMu 
dan kami amat takut ke nerakaMu.
Oleh itu ya Allah,berilah kesedaran kpd kami.
Berilah keinsafan kpd kami.Biar kami tangisi sgl dosa kami ya Allah.
Ampunilah kami.Kasihanilah kami dan bimbinglah kami ke jalanMu Ya Allah.
Amin ya rabbal a’lamin..


sumber

Check Also

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017. Hari ini 15.7.2017 merupakan perlawanan ke 16 buat semua …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *