Breaking News
Home » Berita » Denda Dan Penjara Jika Gagal Pamer Sijil Halal

Denda Dan Penjara Jika Gagal Pamer Sijil Halal

Awas kepada pemilik premis makanan.Sekarang dah tak boleh nak guna logo atau perkataan halal sesuka hati macam sebelum ni.Sebab silap langkah denda dan hukuman penjara menanti anda.. JAKIM mengeluarkan kenyataan  pengusaha premis makanan, yang masih menggunakan dan mempamerkan logo serta apa-apa ungkapan halal selain logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), akan berdepan hukuman denda dan penjara mulai 1 Julai ini. Pertubuhan atau perbadanan yang masih menggunakan logo halal lain boleh didenda tidak melebihi RM200,000 dan denda tidak melebihi RM500,000 bagi kesalahan kedua serta berikutnya.

Bagi bukan pertubuhan atau perbadanan, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya akan dikenakan jika sabit kesalahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya pula akan dikenakan bagi kesalahan kedua dan berikutnya. 

Penggunaan logo halal dan ungkapan halal seperti ‘ditanggung halal’, ‘makanan orang Islam’, ‘buffet Ramadan’ dan lambang lain atau objek Islam yang mengelirukan adalah dilarang melalui Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang berkuat kuasa 1 Januari lalu. 



sumber Bernama



Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *