Breaking News
Home » Berita » Demonstrasi Membantah Filem Anti-Islam Di YouTube

Demonstrasi Membantah Filem Anti-Islam Di YouTube

Demonstrasi Membantah Filem Anti-Islam Di YouTube – Di Mesir seramai 13 orang cedera apabila polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang bertindak melempar batu dan botol ke arah pasukan keselamatan di luar Kedutaan Amerika dalam domonstrasi membantah filem anti islam yang disiarkan di Youtube. Presiden Mesir, Mohammed Mursi mengutuk penerbitan filem itu dan mengecam tindakan keganasan oleh penunjuk perasaan ke atas Kedutaan Amerika Syarikat di Kaherah.
 
Di Yemen, beratus-ratus penunjuk perasaan menyerbu Kedutaan AS di Sanaa menyebabkan pengawal keselamatan terpaksa melepaskan tembakan ke udara untuk menyuraikan keadaan.Di Bangladesh, kira-kira 1,000 penunjuk perasaan, kebanyakannya pelajar Islam mengadakan bantahan di Dhaka dengan membakar bendera AS.Penunjuk perasaan turut melaungkan slogan anti AS serta memukul bendera AS menggunakan kasut sebelum membakarnya dihadapan Masjid Baitul Mokarram.Selain itu, rakyat Palestin membakar bendera AS dan melaungkan ‘Amerika Pergi Mampus’ dalam demonstrasi di Genting Gaza.
 
Di Libya, pihak berkuasa Libya telah menahan beberapa orang berhubung serangan ke atas bangunan konsulat AS di Benghazi.
 
sumber REUTER

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *