Breaking News
Home » Berita » David Teo Minta Maaf Isu Sedekah

David Teo Minta Maaf Isu Sedekah

David Teo Mohon Maaf | Isu Sedekah – Isu yang entah bila akan sudahnya.Tapi tak seharusnya diperbesarkan sangat.Namun boleh juga dianggap selesai setelah David Teo memohon maaf.Dipetik dari akhbar BH Online ,David Teo memohon secara terbuka kepada seluruh keluarga dan sahabat handai Allahyarham Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi di atas kenyataannya yang menyinggung mereka kerana menyebut perkataan ‘sedekah’.Dalam kenyataannya yang dikirimkan kepada semua media menerusi e-mel, beliau menjelaskan, jauh dalam lubuk hatinya memang tidak ada niat langsung untuk menghina atau menyakitkan hati mana-mana kerana Bob Kuman dianggap sahabat baiknya.

David Teo memohon maaf melalui email yang dihantar ke beberapa pihak media.Berikut adalah email David Teo.

“Salam takziah saya buat seluruh keluarga dan sahabat handai Bob Kuman (Husni Mohd Rawi). 


Pemergian Bob sememangnya satu kehilangan buat industri hiburan Malaysia. Saya sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergiannya, namun kita sebagai manusia harus reda dengan segala ketentuan Tuhan. 

Allahyarham sebelum ini banyak terbabit dalam produksi saya dan dia sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya. Saya juga sangat menghormatinya sebagai sahabat dan rakan kerja.

Pada kesempatan ini, saya dari lubuk hati yang dalam memohon maaf daripada keluarga Allahyarham sekiranya ada kata-kata atau tindakan saya yang menyinggung perasaan mereka. Bukanlah niat saya untuk mencetuskan sebarang isu atau kontroversi. 
Saya sedar kata-kata saya dalam rancangan Melodi bertarikh 22 April 2012 saya ada menyebut mengenai sumbangan yang saya beri di Hospital Tawakal pada tahun 2010 semasa Bob sakit. 

Dalam kenyataan itu, saya ada menyebut “jika Bob Kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah”. Di sini saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan ini dikeluarkan semasa Bob Kuman hidup, bukannya selepas meninggal dunia. 
Penggunaan perkataan ‘sedekah’ yang saya maksudkan adalah ‘derma atau sumbangan’.

Apa yang saya faham, ‘sedekah’ bukanlah sesuatu yang hina. Selalu kita dengar ‘senyum adalah satu sedekah’ dan ‘sedekahkan al-Fatihah’ jika ada orang meninggal dunia. Saya anggap perkataan ini sesuatu yang suci, tetapi mungkin saya tersalah tafsir. 

Saya sedar kata-kata saya ini telah menyinggung perasaan keluarga dan sebilangan masyarakat terutama peminat dan penyokong Bob Kuman. Percayalah, demi Tuhan saya langsung tidak terlintas niat di hati untuk menyakitkan hati mana-mana pihak sedangkan Bob Kuman saya anggap sebagai sahabat baik saya.

Saya sekali lagi memohon maaf di atas keterlanjuran kata-kata saya. Saya bukanlah insan sempurna yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. 
Pengalaman ini akan saya jadikan pedoman untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan lebih berhati-hati.

Kepada semua rakan artis dan peminat, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham di sana. Diharapkan permohonan maaf ikhlas ini dapat diterima dengan hati yang ikhlas juga.

Check Also

Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin Nikah 8 Februari 2016

Majlis pernikahan yang akan menjadi tumpuan dengan tajaan jutaan ringgit. Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin Nikah …

5 comments

  1. hope semua yg geram dgn kes ni boleh fhm dan maafkn jela..xyah nk pnjg kan isu..sian arwah pun huhuh…

  2. baru dapat baca citer ni.tak sempat baca pon bro.takpe la arwah pon dah pergi, harapnya citer ni tak dipanjangkan lagi

  3. ade saje kontroversi nya..yang sudah tu sudah je la tak perlu dipanjangkan lagi

  4. ade saje kontroversi nya..yang sudah tu sudah je la tak perlu dipanjangkan lagi

  5. orang tu pun dah tak dak..jadi yang hidup ni berbaik2 la sesama kita..kan??

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *