Breaking News
Home » Info Sukan » David Moyes Dipecat Lagi

David Moyes Dipecat Lagi

David Moyes Dipecat Lagi. Kepada peminat bolasepak eropah terutama peminat tegar Manchester United dalam saingan EPL pasti kenal David Moyes. Bekas pengurus Everton yang kemudian mengambil alih tugas Alex Ferguson di Man Utd sebelum dipecat pada 22 April 2014.

David Moyes Sacked by Real Sociedad
David Moyes

Moyes yang selepas itu berkelana ke La Liga selaku pengurus Real Sociedad  akhirnya dipecat setelah gagal membimbing kelab itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan :
“Real Sociedad membuat keputusan menamatkan kontrak jurulatih pasukan utama, David Moyes. Pembantunya Billy McKinlay juga dilepaskan dari kelab. Pihak kelab mengucapkan terima kasih kepada David Moyes dan Billy McKinlay di atas tugas profesional dan dedikasi sepanjang berada di sini dalam mengendalikan skuad utama.”

Beliau hanya mampu kekal selama setahun bersama kelab La Liga Real Sociedad setelah dilantik pada 10 November 2014.

Adakah Moyes akan kembali mewarnai saingan Liga Perdana Inggeris selepas ini, persoalannya kelab manakah yang berani mengambil David Moyes selaku pengurus pasukan? Kita nantikan.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *