Breaking News
Home » Info Sukan » Datuk Seri Vida Bakal Duduk Di Bangku Pemain PQPTRW

Datuk Seri Vida Bakal Duduk Di Bangku Pemain PQPTRW

Datuk Seri Vida Duduk Di Bangku Pemain PQPTRW. Semakin bersemangat pengasas Pamoga Qu Puteh dalam usahanya menaikan bolasepak Kelantan selepas menjadi penaja pasukan bolasepak Kelantan yang kini dikenali Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Datuk Seri Vida Qu Puteh

Datuk Seri Vida yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd mahu bersama pemain dalam setiap perlawanan dengan duduk dibangku pemain. Dengan cara ini sahaja dia dapat berinteraksi dengan lebih dekat bersama seluruh pemain pasukan Kelantan ketika perlawanan. Jika duduk di kerusi jemputan khas terlalu jauh dari pemain.

Untuk membolehkan beliau bersama pemain, jawatan Pengurus Eksekutif untuk skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) akan diwujudkan dengan beliau akan dilantik memegang jawatan itu. Dengan memegang jawatan itu sahaja Datuk Vida boleh berada di kerusi pemain simpanan bersama Ketua Jurulatih K Devan dan barisan pegawai pasukan yang lain.

Namun begitu, Datuk Seri Vida menyatakan dengan berada dibangku pemain simpanan tidak bermakna beliau akan mencampuri urusan pengurusan pemain. Tujuan hanya untuk lebih dekat dengan pemain sepanjang perlawanan. Pelantikan beliau sebagai pengurus eksekutif adalah antara 35 syarat yang dipersetujui dalam perbincangan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Check Also

keputusan Liga Perdana 21 julai

Keputusan Liga Perdana 21 Julai 2017

Keputusan Liga Perdana 21 Julai 2017. Saingan semakin ke penghujung dengan 6 perlawanan telah pun …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *