Breaking News
Home » Info Sukan » Datuk Seri Vida Cabar TMJ PQPTRW vs JDT

Datuk Seri Vida Cabar TMJ PQPTRW vs JDT

Datuk Seri Vida Cabar TMJ PQPTRW vs JDT. Sangat menarik untuk diikuti oleh peminat bolasepak kedua pasukan dan Malaysia amnya. Mahukah Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail memenuhi ajakan dari Datuk Seri Hasmiza yang juga pengasas Pamoga Qu Puteh untuk membuat satu perlawanan persahabatan antara kedua pasukan.

Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mencabar pasukan juara Liga Super dan Piala AFC milik Tunku Ismail menentang Kelantan dalam aksi pemanas badan sebelum kempen Liga Malaysia (Liga M) membuka tirainya.

Perlawanan ini sememangnya menjadi hasrat saya untuk melihat pasukan ini beradu tenaga bersama JDT yang sememangnya sudah sedia maklum satu pasukan yang hebat dengan status selaku juara Liga Super musim lalu. Mereka pasukan yang hendak kami tewaskan pada saingan liga nanti, jadi kami melihat ada baiknya untuk mereka bertemu dalam aksi persahabatan terlebih dahulu dan menguji sejauh mana kekuatan Kelantan untuk musim ini. Jadi, saya mengharapkan barisan pemain Kelantan dapat beraksi dengan baik kerana keputusan perlawanan tidak penting, saya hanya mahukan corak permainan yang lebih baik dan bertenaga sahaja. – DATUK SERI VIDA

Nampaknya Datuk Seri Vida betul-betul serius untuk mengembalikan kegemilangan bolasepak Kelantan. Jika perlawanan menentang JDT ini benar-benar berlangsung pasti akan mendapat sambutan hangat kerana kedua-dua pasukan mempunyai ramai penyokong dan peminat yang akan menjadikan stadium full house.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa pula menyatakan kesediaan untuk bertemu TMJ untuk memastikan perlawanan itu menjadi kenyataan.

semoga perlawanan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors vs Johor Darul Ta`zim menjadi kenyataan.

Dato Seri Vida PQPTRW
Dato Seri Vida bersama Datuk Annuar Musa dan pemain PQPTRW

Check Also

The Red Warriors

Nama The Red Warriors Akan Ditukar ?

Nama The Red Warriors Akan Ditukar ? Itulah persoalan yang mungkin bermain difikiran peminat bolasepak …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *